CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday 1 December 2011

.::Doa Cinta::.

Assalamualaikum...
hari ini xde pape yang menarik cuba ana hidangkan buat sahabat fillah ana...sekadar berkongsi doa cinta yang agak menarik dimata ana....hee~~ xtau laa macam mana pada pandangan sahabat-sahabat..hi.. mungkin pemahaman kita berbeza...tapi hayatilah....ana xada pengalaman sangat dalam bab-bab Chento nie..sekadar mengambil pengajaran dari orang terdahulu yang mungkin memberi sesuatu yang bermakna jugak buat kita...he
...emm.. mungkin ada dalam kalangan kita yang pernah merasai begitu indahnya bila diri dicintai..dan ada jua yang sudah berasa perit untuk bercinta lagi kn...?? tapi ketahuilah sahabatku sayang..cinta itu milik Allah.. jagailah cintaNya dahulu..semoga DIA mengurniakan cinta yang luhur buat kita iaitu cinta antara dua insan dengan berlandaskan cinta DIA yang mampu jua membawa kita menggapai syurgaNya..bak kata orang.."bercinta sampai ke syurga"...wow... alangkah indahnya kan??hi..... buat sahabatku yang pernah terluka kerana sebuah cinta...redhailah andai dia bukan jodoh yang ditetapkan buatmu...berdoalah.. semoga Allah mendatangkan insan yang lebih baik dalam hidupmu......menjadi embun dikala resah dan dukamu...menjadi peneman setia disaat tawa dan tangismu..berdoalah.. sesungguhnya Allah begitu malu untuk menolak doa hambaNya....
peringatan untuk ana jugak..^__^
Sesungguhnya serahkanlah masamu untuk Allah, pasti Allah akan aturkan masamu sebaik mungkin...Serahkan juga cintamu hanya untuk Allah, pasti diberikan cintamu kepada pemiliknya sebenar.

bismillahirrahmanirrahim.....

Ya ALLAH, jika telah ENGKAU catatkan dia milikku dan tercipta buatku, maka satukanlah hatinya dengan hatiku dan titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi. Dan ya ALLAH, ya TUHAN-ku yang Maha Mengasihi, seiringkanlah kami melayari hidup ini, perkukuhkan yang sejahtera dan abadi.
Tetapi ya ALLAH, seandainya telah ENGKAU takdirkan dia bukan milikku, bawalah dia jauh dari pandanganku, luputkanlah dia dari ingatanku, dan peliharalah aku dari kekecewaan olehnya. Serta ya ALLAH ya TUHAN-ku yang Maha Mengerti, berikan aku kekuatan, melontar bayangannya jauh ke dada langit, hilang bersama senja nan merah, agar aku bahagia, walaupun tanpa bersama dengannya.
Dan ya ALLAH yang tercinta, gantikanlah yang hilang, tumbuhkanlah kembali yang telah patah, walaupun tidak sama dengan dirinya. Ya ALLAH ya TUHAN-ku, pasrahkan aku dengan takdir-MU. Sesungguhnya apa yang engkau takdirkan, adalah yang terbaik buatku, kerana ENGKAU Maha Mengetahui, segala yang terbaik buat hamba-MU ini.Aku redha Ya ALLAH.
Ya ALLAH, cukuplah ENGKAU sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat. Dengarlah rintihan dari hamba-MU yang daif ini. Jangan ENGKAU biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat nanti. Usah ENGKAU juruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup, ke jalan yang ENGKAU redhai, dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh juga solehah....Amin ya rabb...

Nabi SAW bersabda : “Cintailah ALLAH kerana DIA telah memberimu makan dan kenikmatanNYA Dan cintailah aku dengan cinta ALLAH Swt kepadaku”

0 comments:

Post a Comment