CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday 26 February 2012

.::ibu yang sekuat seribu lelaki::.



~Untuk melahirkah anak-anak yang hebat(jilul quran etc) prosesnya bermula 20 tahun sebelum kelahirannya epp..subhanALLAHi wabiham dih~




Sebelum menempatkannya di satu kelompok, ustaz itu ingin tahu kemampuannya. Dengan senyumnya yang lembut, dia bertanya kepada anak yang baru masuk tadi, ” ada ayat  yang kamu hafal dalam Al-Qur’an?” 

“Ya,” jawab anak itu singkat. 
” Kalau begitu, cuba bacakan salah satu ayat dari juz ‘Amma?‘ pinta ustaz 
Anak itu mengalunkan beberapa ayat, fasih & betul tajwidnya. Merasa anak tersebut mempunyai kelebihan, guru itu bertanya lagi,“Adakah kamu hafal surah Tabaraka?” (Al-Mulk) 
“Ya,” jawabnya lagi, & segera membacanya. Baik & lancar. Ustaz itu pun kagum dengan kemampuan hafazan si anak kecil itu, meski usianya  lebih muda berbanding  murid-muridnya yang ada. 
Dia pun cuba bertanya lebih jauh, “kamu hafal surat An-Nahl?” 



Ternyata anak kecil itu  menghafalnya dengan sangat lancar, sehingga kekagumannya semakin bertambah. Lalu ustaz itu pun cuba mengujinya dgn surah-surah yang lebih panjang. “Adakah kamu hafaz surat Al-Baqarah?” 




Anak kecil itu kembali mengiyakan dan  membacanya tanpa sedikitpun kesalahan. Dan ustaz itu semakin teruja dengan pertanyaan terakhir, “Anakku, adakah kamu menghafal Al-Qur’an ?” 




“Ya,” jawabnya dengan jujur. 




Mendengar jawapan itu, seketika ustaz itu mengucapkan, “SubhanALLAH wa masyALLAH,tabarakkALLAH” 




Setelah  hari itu menjelang maghrib, sebelum ustaz tersebut menamatkan kelas mengaji, secara khusus dia berpesan kepada murid barunya,” Esok, kalau kamu datang  ke masjid ini, tolong ajak juga ibubapa mu. Ustaz ingin berkenalan dengannya”. 

Esok harinya, anak kecil itu kembali datang ke masjid. Kali ini dia bersama ayahnya, seperti pesan ustaz kepadanya. Melihat ayah dari anak tersebut, si ustaz bertambah kaget kerana gayanya tidak langsung seperti orang alim, kehormat & pandai. 



Belum sempat dia bertanya, ayah si anak sudah menyapa terlebih dahulu, “Saya tahu, mungkin ustaz tidak percaya bahawa saya ini adalah ayah dari anak ini. Tapi rasa hairan anda akan saya jawab, sebenarnya disebalik anak kecil ini ada seorang ibu yang sekuat seribu lelaki.  Dirumah, saya masih mempunyai 3 anak lagi yang semuanya hafal Al-Qur’an. Anak perempuan saya yg kecil berusia 4 tahun, dan sekarang sudah menghafal juz Amma”. 




“Bagaimana si ibu itu boleh lakukan itu?” tanya si guru tanpa boleh menyembunyikan kekagumannya.” 


Ibu mereka, ketika anak-anak itu sudah pandai bercakap, si ibu membimbing anak kami menghafal Al-Qur’an dan selalu memotivasi mereka melakukan itu. Tak pernah berhenti dan tak pernah bosan. Dia selalu katakan kepada mereka,

“Siapa yang hafal lebih dulu, dialah yang menentukan makan malam ini, “Siapa yang paling cepat mengulangi hafalannya, dialah yang berhak memilih ke mana kita boleh bersiar – siar nanti”

Itulah yang selalu dilakukan ibunya, sehingga tercipta semangat bersaing dan berlumba-lumba antara mereka untuk memperbanyak dan mengulang-ulang hafalan Al-Qur’an mereka,” jelas si ayah memuji isterinya.

Sebuah keluarga biasa yang boleh melahirkan anak-anak yang luar biasa. Hanya seorang ibu yang biasa. Setiap kita dan semua ibubapa tentu bercita-cita anak-anaknya menjadi generasi yang soleh, cerdas dan membanggakan. Tetapi tentu perkara itu tidak mudah.

Apatah lagi membentuk anak-anak itu mencintai & mencintai Al-Qur’an. Memerlukan perjuangan, perlu kekuatan. Mesti tekun & sabar melawan rasa letih dan susah tanpa kenal batas. Maka wajar jika si ayah mengatakan,”Disebalik anak ini ada seorang ibu yang kekuataanya sama dengan seribu lelaki.”

Ya, perempuan yang telah melahirkan anak itu memang begitu kuat & perkasa. Sebab membuat permulaan yang baik untuk kehidupan anak-anak, adalah tidak mudah. Hanya orang – orang  yang punya kemahuan & motivasi yang boleh melakukannya. Dan tentu modal pertamanya adalah kesolehan diri. Tidak ada yang lain. 
Ibu si anak cerdas ini,  dia adalah lambang seorang perempuan solehah yang mewariskan kesolehannya ke dalam kehidupan rumah tangganya. Dialah contoh perempuan yang pernah diwasiatkan Rasulullah saw kepada kaum lelaki untuk mereka jadikan pendamping hidup diantara sekian banyak wanita.

~moga diri mampu untuk menjadi 'ummi' sebegini~

Dengan menangggalkan keutamaan harta, kecantikan & keturunannya, seperti sabda Rasulullah saw, “Wanita dinikahi kerana 4 perkara : kerana hartanya, keturunannya. kecantikkannya, & agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung.”(HR.Bukhari & Muslim).

Perempuan yang dikenalkan kepada kita dalam cerita diatas, dia sebenarnya tidak memulakan kerja kerasnya ketika anak-anaknya baru belajar bercakap. Tidak. Tetapi jauh sebelum itu, tenaganya telah   ditumpahkan untuk mengakrabkan mereka dengan bacaan-bacaan Al-Qur’an semasa mereka masih janin.


Dalam keadaan kehamilannya yang berat,  ibu ini hampir setiap hari selalu meluangkan waktu untuk membaca Al-Qur’an, memperdengarkannya janin yang ada dirahimnya, dalam keadaan berbaring, duduk/pun bersandar. Perjuangan itulah yang berat tapi itu pulalah yang kemudian memudahkan lidah anak-anaknya merangkai kata demi kata dari ayat-ayat Al-Qur’an, saat mereka sebenarnya baru mulai belajar bicara.

Semoga dari kisah diatas dapat kita ambil pelajaran & menjadikan teladan....

credit to: http://akuislam.com

moga lahir dari rahim yang sempit ini Ansorullah, Jundullah, Syuhada', Hamalatul Quran, Soleh solehah, Wali-waliMu, ulamak-ulamakMu...
ALLAHumma Amin..



  

Nabi SAW bersabda : “Cintailah ALLAH kerana DIA telah memberimu makan dan kenikmatanNYA Dan cintailah aku dengan cinta ALLAH Swt kepadaku”

Saturday 25 February 2012

.::sapaanMu::.




monolog sekeping hati........


kadang-kadang,

bila ujian tidak menjengah,
aku lupa untuk memohon.

kadang-kadang,

bila kehidupan tidak diuji,
aku lupa untuk meminta.

lantaran itu,

hati ini terasa kosong.
bukan kerana ujian yang terasa berat,
tapi jarak dan hubungan aku denganNYA yang tanpa sedar semakin jauh.

dalam senang,

aku terlupa,
untuk terus meminta,
semoga Allah lancarkan urusan hambaNya,
semoga Allah bantu aku lalui hari2 seterusnya.

aku lupa diri..

terasa diri mampu menjalani hari,
tanpa perlu memohon padaNYA..
subhanallah...

mungkin kerana itu,

hati terasa kosong,
walau hidup terasa senang,
kerana sejujurnya,
aku sudah jauh dariNYA...
Ya Rahman...aku khilaf,
ampuni aku....



Kerana aku di sapa ujian.  Aku belajar mengenal kehidupan.Bahawasanya hidup nie bukan sahaja berteman suka dan bahagia tapi dicorak hampa dan air mata...maka, aku mengenal erti sabar dan belajar tersenyum walaupun perit terus menerus menagih hiba..
Ketika kehendakku tak tercapai dan tak dapat genggam..aku belajar menjadi insan matang..mensyukuri segala yang ditakdirkan.bukan merungut mencipta sesalan..kerana ku tahu bahawa segalanya tidak semudah apa yang ada dibayangan..dunia hanya persinggahan yang sering menagihkan pengorbanan..
Ku sedari aku bukanlah sempurna..aku belajar menjadi diri aku apa adanya..tidakku cemburu menatap kelebihannya dia..kerana ku yakini bahawa Allah itu menjadikan kita tidak sama..dan kita sememangnya memiliki kelebihan dan kekurangan yang tidak serupa....


semua yang terjadi sememangnya menebuk lubang terdalam dihatiku..namun kerana  itu aku belajar sesuatu...bahawa setiap yang datang akan berlalu..tiada apa yang kekal di dunia ini kecuali Allah yang satu..Lalu cuba ku isikan pecahan-pecahan yang telah terjadi di hatiku...dengan sebuah tarbiyah darinya..DIA mengukuhkan kembali hatiku yang layu... terima kasih Tuhan...sapaanMu membuatku tertunduk malu..






  ~~tertunduk malu denganNYA~~
.............imtisal nur alya...............






Nabi SAW bersabda : “Cintailah ALLAH kerana DIA telah memberimu makan dan kenikmatanNYA Dan cintailah aku dengan cinta ALLAH Swt kepadaku”

Saturday 11 February 2012

.::hanya selembar kain..jom hijrah!!::.





Aku bangga menjadi muslimah
Disaat yang lain bangga menjadi wanita moden
Aku bangga Jilbabku menjuntai hingga ke bawah dada
Disaat yang lain bangga mengikuti stail tudung yang baru
Aku bangga menjadi pengurus kerohanian Islam
Disaat yang lain lena, Aku tak peduli
Dengan anggapan yang mungkin sudah lali di pendengaran
Kerana aku tahu apa yg aku lakukan..
Awalnya aku tidak percaya diri
Dengan pakaian yg tertutup rapi
Teman-teman berkata aku tidak trendy
sedang orang lain rancak berbincang soal fesyen terkini
aku baru bermula dengan pakaian 'ketinggalan zaman' ini
Tapi abah berkata aku cantik begini
begitu pun maa..dan siblings??
mungkin pada mula agak tak selesa dengan perubahan ini
tapi sekarang mereka dapat terima anjakan diri..
alhamdulillah..mereka seakan memahami..
Wahai teman yang bermimpikan sanjungan
Cantik bukanlah buka-bukaan
Cantik bukanlah selalu berdandan
Dan cantik bukan bererti seorang yang menjadi pujaan..
Ku labuhkan jilbabku hingga terasa damai hatiku
Ku longgarkan pakaianku sehingga tertutup bentuk tubuhku
ku lakukan itu semua demi cintaku pada Rabb yang satu
bukan kerana inginkan gelaran wara’ itu
kerana ku tau...aku tidak mampu menjadi sesempurna insan
hanya mampu bermimpi tapi sukar mengecapi
Dan ku berbisik dalam hatiku
Semoga Allah sentiasa memegang hatiku..
Andai semua orang memahami
cantik lahir bukanlah ukuran
Tapi cantik hati memikat semua orang
Dan terutama budi pekerti seperti yang Rasul contohkan..

duhai saudari kesayanganku, sahabat fillahku..

peliharalah auratmu........

Aurat tidak akan tertutup dengan berperangai yang BAIK
Aurat tidak tertutup dengan sifat LEMAH LEMBUT
Aurat tidak akan tertutup dengan kata-kata yang BAIK
tetapi aurat hanya akan tertutup dengan PAKAIAN yang SEMPURNA


Mudah-mudahan AKHLAK dibalik pakaian ini..jauh lebih INDAH dari pada pakaiannya...
Amin...

Dari Aisyah Radhiyallahu ‘anha, bahawasanya Asma binti Abu Bakar masuk menjumpai Rasulullah SAW dengan pakaian yang tipis, lantas Rasulullah SAW berpaling darinya dan berkata: “Hai Asma, sesungguhnya jika seorang wanita sudah mencapai usia haid (akil baligh) maka tak ada yang layak terlihat kecuali ini dan ini,” sambil beliau menunjuk wajah dan telapak tangan.
(HR. Abu Daud dan Baihaqi)..
subhanallah..
perkongsian buatmu.....

sahabatku...jom hijrah!!! =)
Wanita ibarat tulip, semasa tertutup iaitu yg masih menguncup, kelihatan cantik & kemas, begitu juga wanita yg berhijab sebagaimana tuntutan syarak, indah dipandang mata serta sejuk mata memandang. Wanita, makin tertutup bertambah indah!Tulip bertambah kembang, serinya semakin kurang. Hingga ia kembang penuh, kecantikan aslinya hilang & rupanya menyerabutkan. Begitu jugalah wanita yg membuka auratnya sedikit, bertambah kurang seri keimanannya. Makin terdedah auratnya, semakin hodoh dan menyerabutkan hati orang-orang yg beriman. Jika hamba Allah yg mukmin merasa serabut melihat penampilan kita, apatah lagi pandangan Allah & RasulNya. Jika wanita merasa cantik sedangkan dia melanggar perintah ALlah atau ambil separuh-separuh, kepala ditutup badan dibalut sehingga menampakkan bentuk badan… perasaan ‘syok sendiri’ yg mengundang dosa mazmumah itu harus dibuang.



penyelesaiannya, teman jua saudari kesayanganku kembalikan keyakinan bahawa yang cantik dan indah itu adalah selagi ianya indah pada pandangan Allah dan RasulNya. Meskipun dipandang hina serta tak up-to-date oleh hamba yg fasik dan munafik..wanita beriman mengutamakan pandangan Allah mengatasi pandangan manusia.

Kita mahu up-to-date dan moden menurut kaca mata Islam agar di akhirat kelak kita mendapat syurga yg up-to-date dan moden juga...insyaAllah..jom sama-sama kita hijrah!! =.='
Bertaubat sebelum terlambat ciri hamba yg cerdik...beristighfarlah jika masih "tak merasa apa-apa" kerana mendedahkan aurat..ia tandanya hati yg sakit kerana tidak mampu mengesan kepahitan dosa..subhanallah..


“Ya Allah… lembutkanlah hati kami agar mampu merasa sensitif dengan kemarahanMu…Ya Allah… bimbinglah kami ke jalanMu…Berilah sedikit rasa cinta kepadaMu hingga kami mampu menurut langkah-langkah muslimah solehah yang dikasihiMu…Ya Allah…Peliharalah hati-hati kami dari hasutan syaitan dan iblis… yg mahu menjauhkan kami dariMu dan meramaikan teman mereka di neraka kelak…Ya Allah…Yang Maha Gagah Perkasa…Berilah kekuatan kepada aku dan saudariku untuk bermujahadah kembali kepadaMu…Ya Allah yang maha pengampun…Peliharalah kami dari kemurkaan dan azabMu…kami terlalu lemah ya Allah…kami hanya insan hina dan tidak berdaya menguasai hawa nafsu kami kecuali mendapat pertolongan dariMu…serta menumpang kekuatanMu…Ya Allah yg maha penyayang…Engkau mengasihi kami melebihi kedua ibubapa kami…Maka ambillah diri kami yang hina dina ini ke dalam pelukan kasih sayangMu.Bimbinglah kami sehingga kami selamat kembali kepadaMu dalam keadaan Engkau meredai kami..kami terlalu kerdil Ya Allah… untuk menanggung azabMu yang pedih, sesungguhnya kami tidak berdaya ya Allah…

Tanpa pertolongan dan kekuatan dariMu…Siapalah kami…Ya Allah…Pandanglah kami dgn kasih sayangMu dan ampunilah segala dosa-kami dulu, kini dan sehingga ke akhir hayat kami..
amin ya Rabb..
may Allah bless......


"Demi Allah, seandainya Allah memberi petunjuk kepada seseorang kerana ajakanmu, maka itu lebih baik bagimu daripada menyedekahkan unta yang berwarna merah (yang paling bagus)"
(HR. Bukhari dan Muslim)

Nabi SAW bersabda : “Cintailah ALLAH kerana DIA telah memberimu makan dan kenikmatanNYA Dan cintailah aku dengan cinta ALLAH Swt kepadaku”

Tuesday 7 February 2012

.::bingkisan buatmu bakal zaujku::.

Ingin ku coretkan warkah ini buat bakal suamiku..tidak pernah terlintas untuk mengungkapkan lafaz yang sekian lama tersimpan sebelum tiba masanya..namun, ku coretkan warkah ini untuk ku nyatakan sesuatu kepadamu..

Sepanjang hidupku, tidak pernah ku buka pintu hatiku untuk mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu menyakitimu tanpa aku sedari..aku menjaga pandanganku dan pergaulanku kerana hatimu perlu ku utamakan..

Aku menutup rapi seluruh mahkota berharga buat kaum wanita kerana hanya kau insan yang selayaknya untuk itu..tidak guna, aku dipandang cantik dan menjadi rebutan ramai kerana aku tahu hanya kau seorang yang bisa aku milikki..

Aku menjaga akhlakku, aku berusaha menjadi wanita solehah kerana aku berpegang pada janji Allah..aku mengimpikan lelaki yang menjaga pandangan kepada wanita dan kerana itu aku perlu menjaga pandanganku terlebih dulu kerna janji Allah wanita yang baik untuk lelaki yang baik..

Aku tidak mampu menipu hati dan perasaanku..lumrah untuk mencintai dan dicintai juga mengasihi dan dikasihi..namun aku berusaha menafikan semuanya kerana mu..tidak mahu aku berikan sisa cintaku hasil lebihan dari lelaki lain kerana kau berhak mendapat yang tulen nan suci..

Bukan aku mengharap dirimu sekacak Yusuf, yang bisa membuatkan wanita berdarah tangannya kerana memandangnya..andai benar kau jodohku, andai benar aku diciptakan dari tulang rusukmu..aku pasti perasaan cinta dan sayang akan Allah campakkan tanpa aku sedari..akan tetapi sebelum ada ikatan yang sah, jangan pernah kau zahirkan perasaanmu kepada aku..aku bimbang tiada rahmat dan barakah Allah pada kehidupan kita nanti...

Ingin coretkan permintaanku buat mu dalam warkah ini..aku mengarapkan engkau menyerahkan seluruh dirimu untuk menggapai redho Allah..izinkan aku menjadi sayap kiri dalam perjuanganmu dan benarkan aku untuk menghulurkan tanganku untuk kau berpaut sewaktu kau rebah di medan fisabillah..beri aku kesempatan untuk menyesat darah dari lukamu, menyesat peluh dari tubuhmu dengan tanganku sendiri..kerana itu impianku yang telah lama tersimpan..

Aku pasti sedih dan kecewa andai kau mencintaiku seluruh jiwa dan ragamu..aku inginkan kau berikan seluruh cintamu kepada Allah dan Rasul kerana dengan itu aku pasti, kau mencintaiku keranaNYA..itulah cinta yang aku harpakan..kerana aku pasti cinta itu bakal tumbuh mekar hingga ke jannahNYA..

Jangan pernah kau kayakan aku dengan harta dan dunia..aku tidak akan pernah bahagia dengannya..aku bisa bahagia bila kau bisa meluruskan tulungku yang bengkok dengan bimbangan meniti jalan syariat, jalan yang diredhoi Allah..kerana kebahagian yang aku cari adalah kebahagian bila kita bisa hidup dalam rahmat Allah..

Aku bukanlah Khadijah, yang begitu sempurna

Pun bukanlah Hajar ataupun Mariam, yang begitu setia dalam sengsara

Cuma aku wanita akhir zaman, yang berusaha menjadi solehah …

..ana wa enta..

Ya Allah ajarkan kami mencintai dengan sederhana,
ajarkan kami agar lebih pandai memendam cinta,
ajarkan kami untuk lebih mecintai-Mu dan kekasihMu.
Ya Allah jauhkan kami dari dosa dunia, jagalah dia dari dosa cinta,
aku mencintainya keranaMu,
aku pun rela melepaskannya apabila Engkau kehendaki...
dan gantikanlah yg terbaik menurut kehendak Engkau Ya Allah

sampaikan aku padanya.....IMTISALNURALYA

Nabi SAW bersabda : “Cintailah ALLAH kerana DIA telah memberimu makan dan kenikmatanNYA Dan cintailah aku dengan cinta ALLAH Swt kepadaku”

.::INSYA-ALLAH::.

Insya Allah (Bahasa Arab: إن شاء الله‎) bererti "jika Allah menghendaki". Ini menunjukkan bahawa kita tidak tahu masa hadapan, apa yang berlaku kepada kita. Selain itu, ia juga menunjukkan bahawa manusia punya rencana, Allah punya kuasa. Dengan demikian, kata Insya Allah menunjukkan kerendahan hati seorang hamba sekaligus kesedaran akan kekuasaan Allah.


KISAH SIRAH RASULULLAH

Beberapa penduduk Mekkah datang ke Nabi Muhammad saw. bertanya tentang roh, kisah Ashabul Kahfi dan kisah Zulkarnain. Nabi menjawab, "Datanglah besok pagi kepadaku agar aku ceritakan." Keesokan harinya wahyu tidak datang menemui Nabi, sehingga Nabi gagal menjawab hal-hal yang ditanyakan. Tentu saja "kegagalan" ini menjadi cemohan kaum kafir.

Saat itulah turun ayat menegur Nabi

Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu: "Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu besok pagi, kecuali (dengan menyebut): "Insya Allah". Dan ingatlah kepada Tuhan-Mu jika kamu lupa dan katakanlah "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini." (TMQ Surah Al-Kahfi 18:24)


Dari kisah di atas kita tahu bahkan Nabi pun mendapat teguran ketika alpa mengucapkan Insya Allah. Beginilah kita harus memahami makna ungkapan Insya Allah; ia menegaskan kesedaran manusia akan keterbatasannya, perasaan rendah hati seseorang yang hendak berbuat sesuatu mengetahui bahawa diatas semua yang ia lakukan dan katakan, Tuhanlah yang memiliki kekuasaan untuk mewujudkannya.

Namun begitu, ada sebagian diantara kita sering melupakan peranan dan kekuasaan Allah ketika hendak berencana atau mengerjakan sesuatu. Sebagian diantara kita malah secara keliru mengamalkan kata Insya Allah sebagai cara untuk tidak mengerjakan sesuatu. Ketika kita diundang, kita menjawab dengan kata Insya Allah bukan dengan keyakinan bahawa Allah yang punya kuasa tetapi sebagai cara berbaik-baik untuk tidak memenuhi undangan tersebut. Kita rupanya berdalih dan berlindung dengan kata Insya Allah.


Jika Berjanji, Mestilah Ditunaikan.


Begitu pula halnya ketika kita berjanji, sering kali kata Insya Allah keluar begitu saja sebagai perkataan biasa dalam pergaulan. Yang benar adalah, ketika kita diundang atau berjanji pada orang lain, kita ucapkan Insya Allah, lalu kita mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi undangan ataupun janji itu.

Bila tiba-tiba datang halangan seperti sakit, hujan, dan lainnya, kita tidak mampu memenuhi undangan ataupun janji itu, maka di sinilah letak kekuasaan Allah. Di sinilah baru berlaku makna Insya-Allah...

~~**imtisalnuralya**~~

Nabi SAW bersabda : “Cintailah ALLAH kerana DIA telah memberimu makan dan kenikmatanNYA Dan cintailah aku dengan cinta ALLAH Swt kepadaku”