CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 28 August 2013

Kerana Aku Gadis Biasa

Dia gadis biasa
tiada berkedudukan
tidak bergaya
tidak mesra
dan kadangkala memencilkan diri daripada kelompok manusia
terpaksa menolak ajakan teman untuk bersuka ria
kerana dia tahu hatinya mudah kotor..

dia ketawa,
tapi ketawanya hanya mempamerkan segaris senyuman
ketawanya hanya pada perkara-perkara yang benar membuat hatinya gembira..

dia menangis,
tapi tangisannya sukar didengari
hanya yang benar-benar 'dekat' mampu merasai..

orang berkata;
''..dia sombong..''
dia tersenyum
''..dia pura-pura baik.hipokrit..''
dia tersenyum lagi

saat dia mula berubah,
pakai tudung labuh
sarung kaki
sarung lengan
hinggalah saat dia bertekad memakai purdah,
orang mengherdik
''...pakai macam ni nak kerja apa nanti?? suri rumah je boleh....''
''...jangan tunjuk alim sangat, biar alim kat dalam sudah...''
berpaling mukanya ke sudut lain
hatinya bagai dihempap bebanan berat..
mengalir airmatanya..sayu..terkilan..kecewa..

sungguh, dia bukanlah seteguh Siti Khadijah,
sungguh, dia tidak sekental rabiatul adawiyah,
sungguh!! dia tak sekuat fatimah..
dia bukan cantik.
dia tidak sesolehah yang lain.
dia akui dia tidak sempurna.
dia bukan seorang hafizah.
dan sering tempang dalam urusan agama.

dalam esakannya,
hati kecilnya kuat berkata;
''hidup bukan untuk membuat orang suka, kerana redha Allah bukan milik manusia..''
dia mengesat perlahan pipinya
bangit mengukir senyum
bangit melangkah laju..

''aku gadis biasa, tidak mungkin akan sempurna..
namun,
wanita solehah itu pelengkap dunia..
dan pelengkap itu sempurna..''

itulah dia.
dia yang mahu redha Yang Esa..
dia yang selalu impikan syurga..
dia yang gigih mahu berdiri dikalangan yang ghuraba'..

moga Allah permudah urusan dia..
ameen.
''Ya Rabbku!! bangunkanlah untukku sebuah rumah disisiMu dalam syurga...''
(At-Tahrim)


Nabi SAW bersabda : “Cintailah ALLAH kerana DIA telah memberimu makan dan kenikmatanNYA Dan cintailah aku dengan cinta ALLAH Swt kepadaku”

1 comments:

ku hariz farhan

Moga istiqamah ya ukhty,ingatlah sabda Nabi,beruntunglah mereka yang terasing.

Post a Comment