CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday 28 August 2013

Kerana Aku Gadis Biasa

Dia gadis biasa
tiada berkedudukan
tidak bergaya
tidak mesra
dan kadangkala memencilkan diri daripada kelompok manusia
terpaksa menolak ajakan teman untuk bersuka ria
kerana dia tahu hatinya mudah kotor..

dia ketawa,
tapi ketawanya hanya mempamerkan segaris senyuman
ketawanya hanya pada perkara-perkara yang benar membuat hatinya gembira..

dia menangis,
tapi tangisannya sukar didengari
hanya yang benar-benar 'dekat' mampu merasai..

orang berkata;
''..dia sombong..''
dia tersenyum
''..dia pura-pura baik.hipokrit..''
dia tersenyum lagi

saat dia mula berubah,
pakai tudung labuh
sarung kaki
sarung lengan
hinggalah saat dia bertekad memakai purdah,
orang mengherdik
''...pakai macam ni nak kerja apa nanti?? suri rumah je boleh....''
''...jangan tunjuk alim sangat, biar alim kat dalam sudah...''
berpaling mukanya ke sudut lain
hatinya bagai dihempap bebanan berat..
mengalir airmatanya..sayu..terkilan..kecewa..

sungguh, dia bukanlah seteguh Siti Khadijah,
sungguh, dia tidak sekental rabiatul adawiyah,
sungguh!! dia tak sekuat fatimah..
dia bukan cantik.
dia tidak sesolehah yang lain.
dia akui dia tidak sempurna.
dia bukan seorang hafizah.
dan sering tempang dalam urusan agama.

dalam esakannya,
hati kecilnya kuat berkata;
''hidup bukan untuk membuat orang suka, kerana redha Allah bukan milik manusia..''
dia mengesat perlahan pipinya
bangit mengukir senyum
bangit melangkah laju..

''aku gadis biasa, tidak mungkin akan sempurna..
namun,
wanita solehah itu pelengkap dunia..
dan pelengkap itu sempurna..''

itulah dia.
dia yang mahu redha Yang Esa..
dia yang selalu impikan syurga..
dia yang gigih mahu berdiri dikalangan yang ghuraba'..

moga Allah permudah urusan dia..
ameen.
''Ya Rabbku!! bangunkanlah untukku sebuah rumah disisiMu dalam syurga...''
(At-Tahrim)


Nabi SAW bersabda : “Cintailah ALLAH kerana DIA telah memberimu makan dan kenikmatanNYA Dan cintailah aku dengan cinta ALLAH Swt kepadaku”

Monday 31 December 2012

.::muhasabah akhir tahun::.

bismillahirrahmanirrahim..
hari terakhir di tahun 2012.


mari kita rewind balik segala perbuatan sepanjang tahun.

mula dari januari sampai la hari ni.
macam mana solat kita??
amalan wajib kita??
amalan sunat kita??
berapa yang kita peruntukkan sehari untuk zikir??
untuk selawat??
dalam seminggu berapa kali kita bangun solat malam??
qiyamullail??
puasa?? adakah sekadar bulan ramadhan?? puasa sunat bagaimana??
sedekah?? adakah tiap jumaat saja??
al-Quran?? sehari sehelai?? sehelai seminggu?? atau sehelai sebulan??
ada baca hadis?? dengar orang baca hadis?? (..ustaz kata 3 hari tak dengar hadis, hati bisa keras..)
berapa banyak kuliah agama kita ikut?? ceramah agama mana kita duduk sekali??
sejauh mana prihatin kita kepada saudara seislam?? adakah boikot kita bermusim atau berterusan??
hubungan sesama manusia pula bagaimana??
ada buat ibu bapa sakit hati??
sanak saudara lain??
guru?? sudah minta berkat segala ilmu??
kawan-kawan?? mana tahu ada terlebih gurau atau terkurang memahami??
bekas kekasih?? sudah dimaafkan atau masih berdendam??
binatang peliharaan?? yang kadang-kadang tersepak tercubit teraniaya??
laman sosial pula??
facebook...blog...twitter??
tulisan kita??
baikkah??
atau membawa mudarat??
buat orang suka??
atau buat orang marah??
bersih??
atau penuh fitnah??
dan bermacam-macam perkara lagi yang tak terfikirkan..
jawab dalam hati..
dan rendahkan diri..
rendahkan dahi..
apungkan doa kepada Tuhan..
mohon maaf atas segala kesilapan..
sebenarnya hari-hari boleh muhasabah..
tapi mana tahu hari-hari lain kita sibuk..
dan cuma hari-hari tertentu kita duduk merenung..
maka ana mengajak kita semua merenung..
akan perlakuan sepanjang tahun..
moga tahun mendatang..kita lebih istiqamah..
dalam beramal dan melakukan kebaikan..
dan kepada semua followers juga pembaca..
maaf andai ada tulisan yang mengguris perasaan..
atau yang membawa mudarat..
moga kita semua tetap diberkati Allah.
inshaAllah...mudah-mudahan..
selamat tahun baru!! ^_^
“..don’t waste your time looking back at what you lost...move on...remember life is not meant to be traveled backwards..”

diri...tatkala Tuhan sedang memberikan kita peluang..maka mengapa kita mahu menoleh ke belakang?? 
(muhasabah)

Alhamdulillah....dah masuk mula menjejak ke usia 20 tahun..moga dperkuatkan hati dalam melangkah.....amin..




Nabi SAW bersabda : “Cintailah ALLAH kerana DIA telah memberimu makan dan kenikmatanNYA Dan cintailah aku dengan cinta ALLAH Swt kepadaku”