CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday 12 July 2012

.::Sepi itu Indah::.








Bismillahirrohmanirrohim....Alhamdulillah, pena masih lagi dapat ditarikan setelah agak lama menunggu ketibaan YB ''MOOD'' nie sampai..hi. setelah beberapa hari membiarkan halaman maya ini kosong tanpa sebarang contengan..perasaan rindu untuk membiarkan jemari agar terus menari di titian keyboard nie menerjah kembali....agak ketinggalan daripada sahabat-sahabat yang lain yang sangat bersemangat meng'update' blog..takpe laa kan..tahniah buat sahabat yang sentiasa aktif berkongsi segalanya dihalaman terindah mereka...hari ini tiada apa-apa yang ingin ku kongsikan..sekadar menconteng kisah hati dikala sepi membelenggui diri..biarlah tak difahami oleh semua orang, asalkan Allah mengetahui setiap bait-bait bicara sepi ini...betapa nikmat ini begitu berharga buat diri..terima kasih ya Rabb...



Adakah kau tahu, pasti ku merindu, 
Gelak tawa mesra mu itu, Kami terhibur selalu..

Terpisah akhirnya, kasih kita bersama, 

Tak mungkin kau ku lupakan, saat kita mesra bersama 


Selamat tinggal kawan ku Moga kita kan bertemu 

Walaupun , kau jauh, kami ingat kamu selalu 


Telefon lah diriku, SMS, MMS , YM setiap waktu Ku rindu suara mu... 

Selamat tinggal wahai kawan ku!!



aikk....baru introduction daa sedih-sedih....apa pasal nie syahirah?? ^^..dalam sedar tak sedar dah lebih dua bulan rupanya diri ini menjadi penganggur terhormat..dan dalam dua bulan nie jugak lah aku terpisah dengan sahabat-sahabat matrik..walaupom tak sampai setahun bersama..ukhwah dan kenangan yang tercipta ini seolah-olah begitu kejap berada dalam dakapan memori..aduhai rindunya mereka...

dalam sepi ini..diri terkenang saat pertama kali kereta estima yang dinaiki ku meluncur laju memasuki pintu gerbang  KMP...

dan...pertama kali jua kaki ini memijak laman matrik nie...

perasaan gembira dan sedih bercampur baur..gembira kerana aku bisa mendaki selangkah lagi meneruskan pengajianku...bukan tidak mendapat tawaran universiti dan tawaran lain...namun atas kekecewaan tidak mendapatkan apa yang diimpikan selama ini..ku cuba meminta pada Yang Hak, tunjukkan tempat yang terbaik untukku meneruskan pengajianku...dan hatiku kuat mengatakan tempat ini yang terbaik....dan tanggal 23 mei 2011...aku secara rasminya menjadi warga KMP..alhamdulillah...kekecewaan yang lalu ku tinggalkan ditepi..berhentilah bersedih duhai diri...ku pegang erat akan secebis kata-kata... ''orang mukmin nie dia sentiasa positif...sebab dia percaya pada Allah..bila Allah bagi anugerah, dia bersyukur...sebab dia tau itu Allah yang bagi....bila Allah bagi ujian, dia bersabar..sebab dia tau..itu pom Allah yang bagi...maka anugerah tak kan dapat menghancurkannya dengan riak dan takabbur...dan ujian tak dapat merosakannya dengan lemah dan putus asa..mungkin Allah rancang benda yang lebih baik lagi untuk kita.....'' yup...mungkin rezeki aku disitu...ku cuba memesan pada diri..usah menoleh ke masa lalu yang kelam..pandanglah ke depan.. percaya pada diri....dan yakin Allah telah meletakkan aku ditempat yang terbaik...syukur kerna keluarga, teman dan murobbiku sentiasa melontarkan kata-kata semangat saat luka semalam berdarah lagi...
aku sedih kerana akan meninggalkan ma dan abah sekali lagi..dalam keadaan abah yang tak sihat..dia merelakan aku pergi..terlihat ada mutiara jernih ditubir matanya..5 bulan berehat kat rumah bersama abah dan ma setelah habis SPM dulu..akhirnya hari tue aku akan tinggalkan mereka...berat kaki ini melangkah...bersabarlah..mujahidahkan kena kuat..hi..

dan....aku seolah-olah menjadi orang 'baru'
yup..disini ku cuba kuatkan diri supaya istiqomah dengan caraku..semoga Allah tak memesongkan hatiku dari landasanNya..hari first di KMP nie bermakna hari nie lah kali pertama abg sulongku melihat aku bertudung labuh....senyumannya menenangkan hatiku...dan pesannya sebelum melangkah pulang ke terengganu.. ''tie, abg long xmo tengok kau berubah dr penampilan kau hari nie...kalau tengok kau pakai seluar jeans ke apa nanti siap kau....'' pesanan yang tegas!! yup aku sangat menghargainya...

minggu orientasi juga dikira ujian buatku..ujian kecil namanya..baru pasang niat...Allah dah nak uji ikhlas tak niat tue...hihi.. aku terpaksa memakai tudung rasmi kolej..aduss..hatiku berbelah bagi..tudung singkat?? misi memburu istiqomah...??akhirnya aku gabung kedua-duanya..tudung labuh itu ku pakai didalam..dan tudung singkat nie aku pakai diluar..kali pertama tengok kat cermin...aduhai..tergelak sendiri... tak pe..takkan sesekali ku tundukkan nafsu..memang malu..namun misi ke'istiqomah'an itu lebih penting... ^^ 
yup..aku bahagia dengan caraku...alhamdulillah..

di sini jua ku jumpa teman-teman....perbagai karenah yang kutemui..
dan saat ini..karenah mereka itulah yang paling dirindui...
teman sebilik...subhanallah...teramat rindu...
gelak tawa yang kadang-kadang menikam kalbu itu membuatkan rindu pada mereka kian membara..walau tak bisa menatap wajah...photo-photo yang dirakam bersama menjadi wasilah pemujuk hati....aduhai...

kenangan bersama kalian tidak ternilai harganya...walau seketika cuma..tangis tawa kita tak kan pernah luput ditinggal masa..akan ku pastikan ia tersimpan rapi disudut memori..ukhwahnya yang terbina kerana Dia..semoga kekal selamanya...

dan.....classmates..
senyum...^_^



..perempuan je classmates??..
ampun yea sahabat-sahabat lelaki @ mantan classmatesku... tiada ruang untukmu dihalaman belogku ini...(aduhai..kejamnya kan...hihi..)
bukan membenci..tapi inilah diriku yang kalian perlu tahu...ku cuba menjaga sebaiknya..memang tak munasabah tapi ku memiliki hak keatasnya bukan?? bukan ego tapi aku punyai alasanku sendiri..bukan jua tidak rindu akan karenah kalian..tapi terlalu merindu..kerna kalian adalah kupu-kupu yang menghiasi perjalananku disini..namun sahabat-sahabat perempuan yang lebih diutama bagiku..^_^ jangan merajuk naaa...let's smile... (alahai..comel pom..)

dan....kenalan masjidku...
masjid ini yang menyatukan kita...tanpa disangka kau dan aku menjadi sahabat rapat... alhamdulillah Allah menemukan aku dengan dirimu...sahabat yang menjadi penasihat dikala resah..dan teman ketawa dikala gembira...segalanya terakam indah disini..

aisyah hakimah...
jalanan itu kita lalui bersama..terima kasih sahabat..

tasbih indah itu akan kusimpan selamanya..insyaAllah...
sahabat...ku doakan yang terbaik untukmu..
jaga diri..jaga pandangan..jaga pergaulan..jaga iman...
jaga hubungan kita dengan Allah..pasti Allah akan menjaga kita....

dan dikala sepi ini.....merekalah yang dirindui..
memori lalu kian menerjah di laman hati..seolah-olah semalam baru kita mengucapkan assalamualaikum tanda perkenalan..rupa-rupanya sudah dua bulan lebih kita melontarkan kalimah maassalamah tanda perpisahan..aduhai begitu cepat masa berlalu....

sayonara KMP....
.........................................................................................................................................................................................................
dan sepi itu
membawa rindu ini lebih kemuncak pada cinta Ilahi..

Aku perlu kembali..
Demi meneruskan perjuangan yang belum selesai ini..
Walaupun perdu atmaku ini bersarang seribu kedukaan..
Yang mungkin akan menjadi penghalang perjuangan ku kali ini..


Aku perlu bermujahadah lagi..

Walau jalan mujahadah itu bisa mengundang derita..

Tapi kerana derita itulah aku akan kuat..

Mengharungi mehnah perjuangan..

Demi amanah suci ini..

Kau perlu kembali duhai diri..

Demi cita-cita yang melangit tinggi..

Kau perlu bermujahadah lagi..
Yakinlah..
Engkau tidak pernah keseorangan..
Dalam mengutip butiran-butiran ilmu..
Kerana ALLAH sentiasa bersamamu disepanjang perjuangan ini..


perjalanan itu ku redah lagi.....pendidikan pondok pula ku cuba terjahi..walaupom bersendiri...misi keistiqomahan itu takkan pernah berhenti..dan aku perlu memperbaiki diri...
sebulan lebih ku mengambil masa untuk beruzlah..meninggalkan segala keselesaan dunia buat sementara..mendiamkan diri..tinggalkan belog..tinggalkan fb..hatta handphone sekalipun..yup aku kembali dengan misiku... seorang daie adakalanya perlu beruzlah kerana dia perlu sedar dalam masa dia mengajak manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kemaksiatan dirinya tidak sedar sebenarnya hatinya sedang terluka...Allahu Rabbi...hakikatnya ''betapa ramai manusia yang mengajak manusia lain kembali kepada ALLAH namun dia sendiri 'lari' dariNYA''..nauzubillah...dan akulah sebahagian daripadanya...Allah....

sungguh..masa yang singkat itu tidak cukup untukku mentarbiyyahkan diri..belum cukup untukku membentuk diri yang sudah sekian lama berada dalam kesenangan..namun syukur pada Ilahi..waktu muda ini, masih diberi kesempatan untukku mengenal Rabbul Izati....untuk kenal sahabat-sahabat yang cintakan ukhrawi...cintakan tarbiyyah..dan saat ini.....rindu pada mereka lebih besar ertinya lagi...

rindu untuk me'nadoh' kitab...

subhanallah....benarlah sepi ini terlalu indah....

Dalam sepi..banyak perkara ditemui..
ada jiwa yang merintih..dan berkeluh kesah
mengenang pahit manis kehidupan..
Sepi buat kita mengelamun
terkenang masa silam yang indah..
ada derai air mata..ada senyum dan tawa
mereka berkata..sepi itu indah
namun hati ku berbisik..sepi itu adalah kerinduan
ada pilu yang mendera..ada lara yang menyaluti jiwa..
kerana dalam sepi..rindu kian membara
bergelodak didanau kalbu
mengalir butiran jernih yang memilu..
lalu rebah dimuara sendu...kerana sepi itu adalah rindu
rindu dakapan Rabbul Izati..


..with deepest love..
imtisal nur alya



Nabi SAW bersabda : “Cintailah ALLAH kerana DIA telah memberimu makan dan kenikmatanNYA Dan cintailah aku dengan cinta ALLAH Swt kepadaku”

Sunday 8 July 2012

.::dan bila mata air itu pecah::.





went i cry?? you??^^


dan akhirnya, air mata itu gugur jua..
saat hanya mencari sebab untuk menangis..
bukan manja dan mengada-gada..
tapi rasa macam it’s too much to be tolerate..
rasa macam sangat over limit dah..
nak marah tak boleh..
ada satu tahap,
kita dah tahu nak marah macam mana..
dan kat sini,
ana belajar banyak benda..
bahawa kemarahan ana tak wajar diluahkan dengan mulut dan kata-kata..
tak wajar, atau tak mampu??
itu ana sendiri tak pasti.
dan bila,
satu rasa yang sangat-sangat berat itu..
tak mampu untuk diluahkan dengan kata-kata..
atau dengan tindakan..
maka akhirnya air mata menjadi jalan menghambur segala-galanya..
dan bila marah,
ana hanya mampu diam-sediamnya,
dan lari jauh-jauh..
benci dengan diri..
bila menangis sebab benda-benda kecik yang tak munasabah, 
dan sebab-sebab remeh temeh yang menyakitkan hati..
that's me...
oouch....sila berubah syahirah... :'(
~menempuhi hari-hari yang mencabar~
imtisal nur alya










Nabi SAW bersabda : “Cintailah ALLAH kerana DIA telah memberimu makan dan kenikmatanNYA Dan cintailah aku dengan cinta ALLAH Swt kepadaku”

Thursday 5 July 2012

.::jangan SOMBONG!!!::.




sabda nabi SAW: ''tidak akn masuk syurga jika didalam hati seseorang walaupom sedikit memiliki rasa SOMBONG..''
(riwayat muslim)

....bismillahirrohmanirrohim.....
ku mulakan kalamku dengan kalimah indah agar terjaga diriku dari sifat-sifat tercela dalam berkongsikan serba sedikit ilmu dengan sahabat fillah...buat renungan kita semua...walaupom sedikit..ambillah manfaat darinya....insyaAllah..

...................................................................................................................
secebis renungan buat kalian...buka mata tue luas-luas yea...mata hati jangan dipejam pula..sebab mata hati tue paling baik penilaiannya kalau hati kita tue bersih...^__^
sama-sama ambil masa kejap untuk bermuhasabah..insyaAllah..

kita kaya..
dengan megahnya kita bergaya ngan barang mewah..
tapi pengemis dijalanan langsung kita tak endah..
kita kuat..
dengan kekuatan tue kita cari musuh...
nak bergaduh..nak angkat tangan ngan pompuan..
nak tunjuknya kita nie hero kan..
kita lawa..
sampai semua gambar kita nak sebar..
kalau orang 'like'..wah wah wah....terangkat hidung seinci..
didalam hati...''akulah yg ter'segak' stakat nie''
tapi kita sentiasa ngan lagak suci...''semuanya Allah yg beri..''
kita pandai..
anugerah akal yang cerdas kurniaan Ilahi..
hakikatnya kita nie orang pandai yang tak berapa nak pandai..
yang bodoh tue..semua tak layan..
''kita tak setaraf..otak aku kelas 5bintang..kau ada??''..

cuba sekarang kita fikir..
bagaimana kalau kita mati??
 
usah sombong dengan kurniaan Dia..
semua Allah bagi sama rata...
mungkin kita kaya..kuat..lawa..pandai...
namun hati tak pernah nak bahagia..
mungkin mereka miskin..lemah..hodoh..bodoh..
namun hati mereka bahagia dengan nikmat yang ada..
malah lebih dekat lagi disisi TuhanNya..





mati kita...hanya 3perkara yang akan mengiringi kita ke kubur...harta kita (kereta2..moto2..yang orang guna time nak iring kita ke sana), anak isteri kaum kerabat, dan amalan kita time kita hidup..tapi time kita dimasukkan ke dalamnya...semua harta dan kaum kerabat kita tak akan ikut bersama...hanya amal kita yang mengiringi..subhanallah ingatlah bait-bait firma Allah dlam surah Al-Munafiqun ayat 9..

''wahai orang2 yang beriman!! janganlah harta bendamu dan ank2mu melalaikan kamu mngingati Allah..dan barangsiapa berbuat demikian..maka mereka itulah orang2 yang rugi...''

sedar lah diriku dan dirimu..taraf kita sama disisiNya..seorang 'HAMBA'..namun amal kita yang membezakannya...usah terleka dengan nikmat pinjaman Allah buat kita..Dia boleh tarik serta merta je...sombonglah kita dengan kurniaanNya..kelak kita rugi selamanya..

jangan jadi SOMBONG!! 
jadilah 'HAMBA' yang rendah hatinya didunia ini...
ingatlah..syaitan bukan bodoh..
tapi dia SOMBONG!!

..sedikit peringatan Allah SWT dan nabi SAW buat kita berkaitan dengan SOMBONG..
renung-renungkan dan simpanlah dihatimu..

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Tidak akan masuk syurga, siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan.” Maka seseorang berkata: “Bagaimana dengan seseorang yang suka memakai baju dan selipar yang cantik?” Maka berkata Rasulullah: Sesungguhnya Allah itu maha indah dan cinta pada keindahan (maksudnya, pakaian indah tidak selalu bererti kesombongan). Alkibr (kesombongan) itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah remeh orang lain.” – (Hadis riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Tiga golongan yang tidak ditegur Allah, tidak disucikan, dan tidak diperhatikanNya kelak di hari kiamat, dan mendapat seksa yang pedih iaitu: orang tua yang tetap berzina, penguasa (pemimpin) yang dusta, dan fakir yang sombong. – (Hadis riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya bersabda yang bermaksud: Barangsiapa merasa dirinya besar, atau angkuh dalam berjalan, dia akan berjumpa dengan Allah dalam keadaan Allah murka kepadanya. – (Hadis riwayat Muslim)
AlSurah al-Qashash; ayat 83; Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: Negeri Akhirat itu (kebahagiannya dan kenikmatannya) Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan di muka bumi.
Surah Luqman; ayat 18; Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.”
setakat ini dulu dari ana untuk tatapan kalian..sama-sama tenung..sama-sama muhasabah..insyaAllah...
with deepest love:



let's smile..^__^
..I lOVE MYSELF..

notakaki: 
~~~jangan lihat pada siapa yang memberi..tapi lihatlah apa yang diberi.. :)
~~~ambillah apa yang bermanfaat dariku sebelum Allah mengambil nyawaku.....
~~~jom ikhlaskan diri untuk cari redha Ilahi!! ^___________^




Nabi SAW bersabda : “Cintailah ALLAH kerana DIA telah memberimu makan dan kenikmatanNYA Dan cintailah aku dengan cinta ALLAH Swt kepadaku”

Sunday 1 July 2012

..::pesan hati pada jasad::.




wahai mata ku, janganlah menangis tersedu sedan meratapi setiap keperitan yang menjalar memakan perasaan...kerana kau harus percaya bahawa setiap  dugaan yang sedang kau rasa adalah takdir dari yang maha Esa...tiada duka yang akan abadi selamanya...dan Allah maha perkasa menentukan segalaNya...Redhalah dengan suratan yang telah di gariskan...maha adil Allah akan menjadikan segalanya sempurna. 

lekak lekuk di kehidupan sementara nie adalah lubang-lubang yang perlu ditampung dengan kekuatan dan iman yang kukuh, barulah perjalananmu bisa menjadi sekuat aloi yang  tidak akan runtuh.

wahai mulut, kau diciptaNya begitu unik dan tiada sesiapa yang bisa menggantikan fungsinya walaupun sebuah robot ciptaan manusia yang berharga sejuta..melaluinya, Allah menghadiahkan pula suara...dan aku mengharapkan suara yang akan dikeluarkan bukan segala jenis umpatan dan cacian terhadap kejadian yang terlihat di penglihatan...jadikanlah mulut tue sebagai saksi suara melafazkan ayat-ayat Allah dan memberikan nasihat dan kebaikan...

wahai telinga, dengarkan segala nasihat-nasihat yang bernilai yang akan memimpinmu menjalani kehidupan ini dengan sempurna...tutuplah telingamu dari mendengar suara-suara sumbang yang cuba membengkokkan jalan yang lurus, yang cuba melalaikan dan menidurkan mindamu dari berfikir perkara kebaikan..

wahai jasad yang akan hancur lumat dimamah tanah, kau adalah amanah dari Allah...siapa kita untuk menjadi perosak diri?..tega sungguh wahai manusia jika kehidupan sementara yang dilalui diisi dengan melakukan maksiat yang hanya akan memakan diri.

bukankah diri adalah amanah dari Allah untuk kita jaga dan lindungi dari azab api neraka?? Allah hadiahkan kita penglihatan, pendengaran, suara, sentuhan dan segala kemudahan. Dia tidak meminta bayaran di setiap sedutan udara yang kita gunakan...apakah hendak bersyukur dengan menyebut sepatah “Alhamdulillah “ pun terasa berat untuk diucap kan..?? subhanallah....

duhai pemilik diriku......duhai hasad...
''berterima kasihlah kepada Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..nikmat yang di anugerahkan ini terlalu bernilai...jagalah dan gunakanlah di jalan Allah dan bukan gunanya untuk meraih dunia semata-mata..''

with deepest love
imtisal nur alya
*pekongsian dari belog indah bicara kerana hati*
^___^



Nabi SAW bersabda : “Cintailah ALLAH kerana DIA telah memberimu makan dan kenikmatanNYA Dan cintailah aku dengan cinta ALLAH Swt kepadaku”

.::Satu Saat Diam Tue Lebih Baik Kan Teman?? ::.




^__^let's smile^_^
bismmillah......selamat pagi sahabat fillahku...kaifa hal?? semoga sihat-sihat semua yea...alhamdulillah dapat bersua lagi kali ini kat halaman yang daaa berhabuk tebal nie..lama tak kemas..lama tak edit..lama xjenguk..uisssh..pemalas betol kan..hi..bukan pemalas cuma tak de mo0d sejak akhir-akhir nie...lagipom tengah duk asingkan diri seketika..he..hari nie layarku bertebar megah lagi..insyaAllah ku cuba kemudi bahtera ini sebaik mungkin semoga sahabat yang membaca dapat manfaat jua darinya...sahabatku, ambillah apa yang baik dariku sebelum Tuhan mengambil nyawaku...pekongsian untuk smua...hatiku dan hatimu kian bersatu dalam saf yang satu....insyaAllah.. :)
.............................................................................................................................................................................................................................

sepanjang hidup kita nie...tak terkira insan yang hadir dan pergi..ada yang hadir seketika cuma seperti bayu yang menghembus..ia datang dan pergi begitu saja tanpa bagi kesan apa-apa...dan mungkin kita tak perasan pom akan kehadirannya..begitu juga dengan dia...

ada jugak yang datang dan begitu setia dengan kita..tapi kita tak rasa pom kepentingan dirinya untuk terus bersama kita..malah kadang-kadang mungkin kita rasa lebih baik dia tak wujud daripada tidak memberi apa-apa manfaat untuk kita hinggalah dia pergi buat selama-lamanya...subhanallah.. kadang-kadang kita nie terleka... ''sesungguhnya Allah datangkan seseorang dalam hidup kita nie adew dua sebab je..sama ada untuk hidup selamanya dengan kita atau kita akan mempelajari sesuatu darinya...'' subhanallah..sekurang-kurangnya ada sesuatu yang kita dapat pelajari dari dia..walaupom tak banyak kan..syukurlah sebab masih ada yang sudi hadir dalam kamus hidup kita....

dan kadangkala...kita rasa kita tak mampu kongsi apa-apa dengan sahabat kita..betol x?? :)
kita selalu kata, "xde pape laa...''
tapi dalam hati kita hanya Allah yang tahu keperitan yang kita rasa...ada perkara kita tak dapat nak cerita pada sahabat-sahabat malah orang yang terdekat dengan kita pom..dan hanya pada Allah yang boleh kita luahkan..

''..segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan kami ke(syurga) ini kami tidak akan mendapat petunjuk sekiranya Allah tidak menunjukkan kami..''
Al-A'raf:43

kadangkala lebih baik diam daripada menjelaskan apa yang kita rasakan..kerana menyakitkan ketika mereka boleh mendengar tapi tak pernah mengerti apa yang kita maksudkan....benar?? hehe..
maka bersabarlah.....:)

ini untuk diriku jua...seringkali kita berada dalam kelemahan...kelemahan untuk menghadapi cabaran dan onak duri dalam kehidupan serta menongkah segala tekanan yang membelenggu hari-hari kita..ketahuilah sabahatku..kelemahan tue hakikatnya adalah diri kita...lemah tak berdaya dan semestinya kita memerlukan kebergantunggan pada yang lebih kuat dari kita...yang mampu bagi kita semangat..mampu mendoakan kita....kalau tak, mana mungkin ia dapat menyalurkan kekuatan buat diri kita yang makin lemah nie...namun kadangnya terfikir dijiwaku ini..kepada sape kita perlu bergantung harap??lebih hebat dan agung?? masyaAllah.....seringkali jua kita meluahkan segala isi hati kita pada teman-teman namun kita selalu terlepas pandang pada yang Hak..Allahu Rabbi...sesungguhnya Dia yang lebih kita dahulukan daripada sesiapa...Alloh..Alloh..Alloh..

terbaca dalam satu artikel baru-baru nie... ''kelemahan jiwa tue bukanlah penyakit sebenar tapi ianya tanda hati kita ini sedang lemah pergangtungannya pada Allah SWT..'' subhanallah...tersentap seketika..rasa kena hempap ngan kuali panas daa muka nie...aduhai..kita seringkali nafikan kelemahan jiwa tue dengan nak tambah kekayaan..nak kaut keuntungan..nak miliki segalanya..tapi dalam sedar kita sendiri tahu kita tak pernah merasai ketenangan..kelapangan dan merasa cukup dengan apa yang kita adew saja..astaghfirullah...

diceritakan adew seorang lelaki datang kepada rasulullah dan bertanya..
"..wahai rasulullah..apakah Tuhan kita jauh sehingga kita perlu menyeruNya..atau adakah Dia cukup dekat sehingga cukup untuk kita berbisik padaNya..??''

maka turunlah firman Allah SWT...
''..dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu tentangKu..sesungguhnya Aku adalah dekat..Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon padaku..maka hendaklah mereka tue memenuhi segala perintahku..dan hendaklah mereka beriman padaKu..agar mereka akan selalu berada dalam kebenaran....'' (al-baqarah:186)

subhanallah..Allah telah menjelaskan segala-galanya dalam kitabNya...yakinlah bahawa Allah akan menerima doa kita..dan ingatlah sahabatku..sangka baik pada Allah tue tersangatlah penting..jika terdetik kat hati kita.. ''..Allah terima ke doa aku nie..??'' maka begitulah juga sangsi Allah pada kita..yakin sebenar-benar keyakinan kita pada Allah adalah bukti pergantungan kita padaNya..insyaAllah..sahabat fillahku..setakat nie saja dulu dariku untuk kali ini...ambillah sedikt pengajaran yang terkandung sepanjang kalian meniti pelayar nie..yang baik itu datang dari yang Hak..dan yang buruk itu datang dari kelemahan diriku sendiri....
Duhai sahabatku sayang..ingatlah kebergantungan pada Allah itu yang pertama...sesungguhnya Dia sntiasa disisi kita...

with deepest love:
imtisal nur alya

notakaki :P
~sekadar peringatan buat diriku jua sahabat...nampak mudah ngat bagi tasji' pada orang kan?? bila kita sndri  yang terima pape musibah atau ujian...aduhai..lemah terkulai je rasa...moga dapat manfaat yea.. :)
~last ingatan utk aku dan kamu.. ''dan musibah apapom yang menimpa kamu adalah kerana perbuatan tanganmu sendiri..dan Allah memaafkan banyak (kesalahan-kesalahan) mu..'' (as-Syura:30)
~let's smile sahabatku..... :)


Nabi SAW bersabda : “Cintailah ALLAH kerana DIA telah memberimu makan dan kenikmatanNYA Dan cintailah aku dengan cinta ALLAH Swt kepadaku”