CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday 5 July 2012

.::jangan SOMBONG!!!::.




sabda nabi SAW: ''tidak akn masuk syurga jika didalam hati seseorang walaupom sedikit memiliki rasa SOMBONG..''
(riwayat muslim)

....bismillahirrohmanirrohim.....
ku mulakan kalamku dengan kalimah indah agar terjaga diriku dari sifat-sifat tercela dalam berkongsikan serba sedikit ilmu dengan sahabat fillah...buat renungan kita semua...walaupom sedikit..ambillah manfaat darinya....insyaAllah..

...................................................................................................................
secebis renungan buat kalian...buka mata tue luas-luas yea...mata hati jangan dipejam pula..sebab mata hati tue paling baik penilaiannya kalau hati kita tue bersih...^__^
sama-sama ambil masa kejap untuk bermuhasabah..insyaAllah..

kita kaya..
dengan megahnya kita bergaya ngan barang mewah..
tapi pengemis dijalanan langsung kita tak endah..
kita kuat..
dengan kekuatan tue kita cari musuh...
nak bergaduh..nak angkat tangan ngan pompuan..
nak tunjuknya kita nie hero kan..
kita lawa..
sampai semua gambar kita nak sebar..
kalau orang 'like'..wah wah wah....terangkat hidung seinci..
didalam hati...''akulah yg ter'segak' stakat nie''
tapi kita sentiasa ngan lagak suci...''semuanya Allah yg beri..''
kita pandai..
anugerah akal yang cerdas kurniaan Ilahi..
hakikatnya kita nie orang pandai yang tak berapa nak pandai..
yang bodoh tue..semua tak layan..
''kita tak setaraf..otak aku kelas 5bintang..kau ada??''..

cuba sekarang kita fikir..
bagaimana kalau kita mati??
 
usah sombong dengan kurniaan Dia..
semua Allah bagi sama rata...
mungkin kita kaya..kuat..lawa..pandai...
namun hati tak pernah nak bahagia..
mungkin mereka miskin..lemah..hodoh..bodoh..
namun hati mereka bahagia dengan nikmat yang ada..
malah lebih dekat lagi disisi TuhanNya..





mati kita...hanya 3perkara yang akan mengiringi kita ke kubur...harta kita (kereta2..moto2..yang orang guna time nak iring kita ke sana), anak isteri kaum kerabat, dan amalan kita time kita hidup..tapi time kita dimasukkan ke dalamnya...semua harta dan kaum kerabat kita tak akan ikut bersama...hanya amal kita yang mengiringi..subhanallah ingatlah bait-bait firma Allah dlam surah Al-Munafiqun ayat 9..

''wahai orang2 yang beriman!! janganlah harta bendamu dan ank2mu melalaikan kamu mngingati Allah..dan barangsiapa berbuat demikian..maka mereka itulah orang2 yang rugi...''

sedar lah diriku dan dirimu..taraf kita sama disisiNya..seorang 'HAMBA'..namun amal kita yang membezakannya...usah terleka dengan nikmat pinjaman Allah buat kita..Dia boleh tarik serta merta je...sombonglah kita dengan kurniaanNya..kelak kita rugi selamanya..

jangan jadi SOMBONG!! 
jadilah 'HAMBA' yang rendah hatinya didunia ini...
ingatlah..syaitan bukan bodoh..
tapi dia SOMBONG!!

..sedikit peringatan Allah SWT dan nabi SAW buat kita berkaitan dengan SOMBONG..
renung-renungkan dan simpanlah dihatimu..

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Tidak akan masuk syurga, siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan.” Maka seseorang berkata: “Bagaimana dengan seseorang yang suka memakai baju dan selipar yang cantik?” Maka berkata Rasulullah: Sesungguhnya Allah itu maha indah dan cinta pada keindahan (maksudnya, pakaian indah tidak selalu bererti kesombongan). Alkibr (kesombongan) itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah remeh orang lain.” – (Hadis riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Tiga golongan yang tidak ditegur Allah, tidak disucikan, dan tidak diperhatikanNya kelak di hari kiamat, dan mendapat seksa yang pedih iaitu: orang tua yang tetap berzina, penguasa (pemimpin) yang dusta, dan fakir yang sombong. – (Hadis riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya bersabda yang bermaksud: Barangsiapa merasa dirinya besar, atau angkuh dalam berjalan, dia akan berjumpa dengan Allah dalam keadaan Allah murka kepadanya. – (Hadis riwayat Muslim)
AlSurah al-Qashash; ayat 83; Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: Negeri Akhirat itu (kebahagiannya dan kenikmatannya) Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan di muka bumi.
Surah Luqman; ayat 18; Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.”
setakat ini dulu dari ana untuk tatapan kalian..sama-sama tenung..sama-sama muhasabah..insyaAllah...
with deepest love:



let's smile..^__^
..I lOVE MYSELF..

notakaki: 
~~~jangan lihat pada siapa yang memberi..tapi lihatlah apa yang diberi.. :)
~~~ambillah apa yang bermanfaat dariku sebelum Allah mengambil nyawaku.....
~~~jom ikhlaskan diri untuk cari redha Ilahi!! ^___________^




Nabi SAW bersabda : “Cintailah ALLAH kerana DIA telah memberimu makan dan kenikmatanNYA Dan cintailah aku dengan cinta ALLAH Swt kepadaku”

2 comments:

sHiMi sHinHae~

hmm ..so janganlah kita sombong ....selalu wat baik dgn org ...maffkan org ..... :)

imtisal nur alya

yup..insyaAllah..betol3...pandai.. ^___________^v

Post a Comment