CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, 3 February 2012

.::musliminku::.






dulu, bila disebut lelaki..
wanita mendongak megah,
lelaki kami Asadullah,Saifullah,
tokoh ramai tak terkira.....
kini, bila disebut lelaki..
wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya, boneka Yahudi..

dulu, bila disebut lelaki..
wanitanya tenang dihati,
lelaki kami menjaga, melindungi..
kini, bila disebut lelaki..
wanitanya mahu cabut lari,
lelaki khianat, perogol bersiri..

dulu, bila seorang wanita teraniaya..
sepasukan kuda putih membela,
Al-mu'tasim kebanggaan wanita..
kini, ribuan wanita suci terpenjara..
fatimah diperkosa minta dibela.
lelaki tunduk tak bertenaga..

dulu, bila wanita dibawah jagaannya..
lelaki memagari sehabis daya,
tiada siapa berani mrnggoda..
kini, bila wanita dibawah jagaannya,
lelaki tak kisah auratnya terbuka,
wanitanya dibiar bebas, binasa..

dulu, lelaki menggadai harta dan nyawa..
untuk mengangkat kemuliaan agama..
kini, lelaki menggadai ketinggian agama,
demi nafsu, dunia dan seisinya..

dulu, lelaki bermatian mencipta sejarah..
kental berjihad, tekun berdakwah..
kini, lelaki hanya menyanjung sejarah,
diri bermalasan, tenaga tidak dikerah..

dulu, lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
kini, lelaki memperjuangkan diri dan kroninya..
hingga sanggup membunuh..

dulu, lelaki bersatu menghadapi musuh,
angkatan kuat dan teguh,
kini, lelakinya berpuak dan berpecah,
sesama sendiri saling bertelingkah..

kembalilah lelakiku,
pada kelelakianmu..
kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul..
musliminku...bangkit dan pimpinlah aku dan kaumku...
ayyuha al-syabab taujah ilal amam..
nujahidu fi sabilirrahman..

(credit to....FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN_syabab musafir kasih)

Nabi SAW bersabda : “Cintailah ALLAH kerana DIA telah memberimu makan dan kenikmatanNYA Dan cintailah aku dengan cinta ALLAH Swt kepadaku”

0 comments:

Post a Comment