CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Saturday 3 December 2011

.::Allah ambil dia untuk uji kita::.



Kadang-kadang,
Kerana terlalu sayang dengan seseorang,

Allah ambil dia dari kita.

Allah jarakkan kita dengan dia.

Untuk uji kita.
Masihkah kita sayang pada yang MENGURNIAKAN rasa sayang itu
Masihkah kita sayang pada yang MENGANUGERAHKAN rasa sayang itu.
Dan masihkah kita percaya pada aturan DIA.
Untuk sedarkan kita.
Bahawa ada DIA yang perlu lebih kita sayangi, lebih dari segala-galanya.
Dan
Kadang-kadang,
Allah ambil juga kembali orang-orang yang tidak kita hargai.
Saat Allah jarakkan kita,
lalu timbul rasa rindu dan menyesal,
Itu bukan untuk menghukumi kita.
Tetapi untuk memberi pengajaran.
bahawa bila kita tak mahu menyayangi mereka,
Allah akan mengambil mereka untuk disayangi
lebih dari yang kita mahu lakukan..
sahabat fillahku......
 moga air mata yang mengalir itu menjadi pemadam api neraka, moga air mata yang mengalir itu seiring dengan lembutnya hati kita dalam berukhuwwah, tajdid niat:sesungguhnya kita bersahabat kerana Allah.tengahhari yang sangat bermakna. dapat bermuhasabah diri bersama sahabat-sahabat "ukhuwwah kita kerana apa?"moga Allah ikat hati-hati kita hingga ke sana....insyaAllah..amin...


Nabi SAW bersabda : “Cintailah ALLAH kerana DIA telah memberimu makan dan kenikmatanNYA Dan cintailah aku dengan cinta ALLAH Swt kepadaku”

0 comments:

Post a Comment