CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Saturday 3 December 2011

.::aurat wanita, apa sudah jadi???::.

ASSALAMUALAIKUM....
hai..selamat pagi sahabat-sahabat ana...hari nie ana nak berkongsi lagi pasal wanita...kalau bercakap pasal wanita nie memang takkan abis... tapi xpe.. kali nie ana juz sambung dari entri-entri yang sebelomnye..semoga bermanfaat yea untuk kita....ana pom bukan sempurna..tapi cuba kita renungi dan pelajari bersama..yang baik itu datang dari Allah..dan yang buruk tue datang dari kelemahan diri ana sendiri... k senyum!! ^__^heee~~


....................................................................................................................................................................
Adalah menjadi satu kewajipan kepada semua wanita islam untuk menutup aurat tanpa perlu menyoalkan kenapa perlu berbuat demikian. Tutuplah aurat seperti yang digariskan kepada wanita islam. Ingatlah seksaan ALLAH amatlah pedih jika mengingkarinya!!
subhanallah.....semoga hidayah itu tetap ada buat kita...


Bukti dalam Al-Quran..
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya.
Hendaklah juga mereka meletakkan penudung mereka pada dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka..
Atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan dan janganlah juga mereka menghentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui.
Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung!!
yang tertutup itu indah.... ^__^v
Wahai orang-orang yang percaya, hendaklah mereka yang tangan-tangan kanan kamu memiliki, dan mereka antara kamu yang belum cukup umur, meminta izin kepada kamu tiga kali – sebelum solat subuh, dan apabila kamu menanggalkan pakaian kamu pada waktu zuhur (tengah hari), dan selepas solat isyak – 3 kali aurat (penelanjangan) bagi kamu.
Tidak ada kesalahan ke atas kamu atau ke atas mereka, selain daripada ini, untuk kamu ke sana dan ke mari, sebahagian kamu kepada sebahagian yang lain. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat dan Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana.
sahabat fillahku sayang......
Puteri Rasulullah pernah menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.
Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka diseksa dengan teruk dalam keadaan itu?
Rasulullah menjawab, “Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak  menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya.


subhanallah...sudah sempurnakah aurat kita sahabat-sahabat??..ini jua pesanan untuk ana... sama-sama kita teladani dari bait-bait kata Rasulullah S.A.W..kekasih ALLAH.. ikutilah setiap perintahnya dan jauhkan diri kita dari perkara mungkar..insyaAllah.....saudariku, "yang tertutup itu indah"........


Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa. Solatlah walaupun keadaan terpaksa. Puasalah walau keadaan terpaksa. Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa.Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya. Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu??
sahabatku sayang..Hidayah bukan untuk ditunggu, melainkan dicari.....InsyaALLAH..Ia ibarat makanan, jika tidak disuap,manakan ia masuk ke mulut...mengertilah.. 
jua peringatan buat diri ana....



Nabi SAW bersabda : “Cintailah ALLAH kerana DIA telah memberimu makan dan kenikmatanNYA Dan cintailah aku dengan cinta ALLAH Swt kepadaku”

0 comments:

Post a Comment