CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday 27 December 2011

.::siapa aku??::.


Siapa aku? Siapa aku disamping-Mu ya Allah? Adakah aku ini adalah hamba yang Engkau murkai ya Allah atau apakah aku hamba yang Engkau sayangi ya Allah? Dimanakah aku? Dimanakah aku ya Allah? Adakah aku kini berada di bawah rahmat-Mu ya Allah? Aku ingin hidup dibawah rahmat-Mu ya Allah..Jinakkanlah hatiku ini untuk sentiasa mengingati-Mu, untuk sentiasa berzikir kepada-Mu, untuk sentiasa cenderung untuk melakukan kebaikan semata-mata kerana-Mu ya Allah..Jauhilah aku daripada bisikan syaitan yang sentiasa menghasud ya Allah..Sesungguhnya aku ini adalah insan yang lemah, yang sentiasa melakukan kesilapan..Bantulah aku untuk menghadapi dunia-Mu ya Allah, dunia-Mu yang penuh ranjau ya Allah, bantulah aku ya Allah..Perjalananku masih jauh, perjalananku masih jauh..Berikanlah aku kemudahan & kesenangan untuk melakukan kebaikan ya Allah, memperoleh bekalan yang diterima oleh-Mu ya Allah..amin..

Kepekatan malam dihiasi rembulan
Siang pula datang bersama sinaran mentari
Dalam resahnya hati iniKu turutkan langkah kaki
Tak terasa ku laluiJalan yang berliku-liku
Ku jatuhkan pandangan
Ku lihat jurang dalam
Penuh dengan onak duri
Yang amat mengerikan
Kudongakkan kepala
Kulihat langit tinggi
Terbentang luas tiada bertepi
CahayaMu indah menyinari hidupku ini
KasihMu tambah memupuk Iman di jiwaku
Dengan cahayaMu terang pelita di hatiku
SyiarMu membuat musuhMu terpaku
KalamMu indah terdengar merdu di telinga
MehnahMu itu mengajar menyedarkanku
KasihMu Tuhan membuat hatiku merindu
Kurasa indah di dalam rahmatMu...
subhanallah....


Nabi SAW bersabda : “Cintailah ALLAH kerana DIA telah memberimu makan dan kenikmatanNYA Dan cintailah aku dengan cinta ALLAH Swt kepadaku”

0 comments:

Post a Comment