CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday 11 November 2011

.::tinta buat diri::.

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

hiduplah bagai musafir lalu yang singgah bagaikan dagang dirantau orang... hatinya tetap merindui kampung halaman.. hiduplah bagai orang yang sedang menyeberangi satu jambatan.. tidak sudi berlama-lama kerana disitu hanya sementara..kakinya melangkah kencang justeru jiwanya sudah diseberang..

hidup mesti sederhana kerana dunia ini hanya sementara..sederhana bukan pada ringgit dan harta tetapi pada jiwa dan rasa..jangan terlalu gembira dan jangan terlalu berdukacita.. tidak ada kesenangan yang tidak diiringi kesukaran dan tidak ada kesukaran yang diiringi kesenangan.. selepas ketawa pasti menyusul air mata.. selepas nestapa pasti kegembiraan menjelma..
ALLAH berikan kita terang untuk bersyukur...
ALLAH berikan kita gelap untuk bersabar...

diriku,
jadilah insan lara yang temannya mujahadah dan taubat..sentiasalah berusaha menjadi insan yang baik walaupun masih digamit oleh ghairah kejahatan dan dosa.. jatuh, bangun kembali.. jatuh, bangun lagi..ukirlah seribu taubat walaupun telah berkali-kali ia dimungkiri.. ALLAH tidak akan jemu dengan taubat dari hambaNYA..tempuhilah jalan mujahadah sekalipun langkahmu pernah goyah..jangan mengalah...
KAU TIDAK AKAN KALAH SELAGI TIDAK MENGALAH!!!

with deepest love:


Nabi SAW bersabda : “Cintailah ALLAH kerana DIA telah memberimu makan dan kenikmatanNYA Dan cintailah aku dengan cinta ALLAH Swt kepadaku”

0 comments:

Post a Comment