CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday 28 November 2011

.::jom berdakwah =) ::.


assalamualaikum..... ^__^
sedikit coretan untuk sama-sama kita renungi ........


Saya, kamu, dia, mereka
Pernah berdakwah?
Tidak kerana saya perempuan yang lemah.
Tidak kerana kamu bukan alim ulama.
Tidak kerana dia hanyalah pelajar di dalam bidang yang tiada kaitan dengan agama.
Tidak kerana mereka sendiri tidak sempurna maka tidak layak berdakwah.

Saya, kamu, dia, mereka
Apa bezanya?
Saya seorang muslimah.
Kamu seorang muslim.
Dia mengaku dirinya Islam.
Mereka semua beragama Islam.
Masih tidak mahu menerima tanggungjawab
untuk berdakwah?

 Saya, kamu, dia, mereka
Kita semua sangat memilih
Suka memilih
Si kuffar mengatakan kita kejam
Kerana menyembelih binatang untuk dimakan
"Itu adalah perintah Allah, rezeki halal untuk kami. Termaktub di dalam Quran"
Jawab kamu.

Kita mengatakan hukum hudud itu kejam
Kerana terlalu menyeksa dan tidak relevan
"Bukankah itu adalah perintah Allah? Termaktub di dalam Quran?"
Jawapannya sama.
Tetapi kita memilih.

 Si kuffar bertanya mengapa kamu solat
"Itu adalah tanggungjawab kami sebagai muslim. Termaktub di dalam Quran"
Jawab kamu.
Kita meletakkan tanggunggjawab berdakwah
hanya kepada ustaz dan ustazah
"Bukankah itu adalah tanggungjawab kamu sebagai muslim? Termaktub di dalam Quran?"
Jawapannya sama.
Tetapi kita memilih.

Saya, kamu, dia, mereka
Siapa kita untuk memilih?
Kita kah yang mencipta alam ini?
Layakkah kita memilih peraturan Tuhan?

Saya, kamu, dia, mereka
Setiap kamu adalah pendakwah
Alangkah baiknya jika ditanya setiap muslim
Apakah kerjaya kamu?
"Saya seorang pendakwah. Menjadi doktor adalah kerjaya sampingan."
"Saya seorang pendakwah. Menjadi jurutera adalah kerjaya sampingan."
"Saya seorang pendakwah. Menjadi pakar IT adalah kerjaya sampingan."
"Saya seorang pendakwah. Menjadi guru matematik adalah kerjaya sampingan."
"Saya seorang pendakwah. Menjadi akauntan adalah kerjaya sampingan."
"Saya seorang pendakwah. Menjadi usahawan adalah kerjaya sampingan."
Subhanallah.
Bilakah ianya akan terjadi?
Ia tidak akan terjadi sekiranya
Saya, kamu, dia dan mereka
Masih tidak mahu menerima tanggungjawab sebagai hamba Allah.




Madah ini mungkin
dihiasi metafora
ada yang tersirat
ada juga yang tersurat
Tetapi bagi mereka
yang benar-benar berfikir
Mesej nya pasti jelas.

Bagi yang masih kabur
Alasannya mudah
kerana kamu sedang memilih
Bukankah kita memang suka memilih?



Wahai orang yang berselimut!
Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
(Al-Muddathir)

Nabi SAW bersabda : “Cintailah ALLAH kerana DIA telah memberimu makan dan kenikmatanNYA Dan cintailah aku dengan cinta ALLAH Swt kepadaku”

0 comments:

Post a Comment