CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Saturday 26 November 2011

.::Fitnah Disebalik Kemuliaan::.

ASSALAMUALAIKUM.... [:=)]


hari nie ana xada apa-apa entri yang menarik yang cuba ana kongsikan buat sahabat-sahabat..sekadar berkongsi apa yang pernah ana pelajari dan baca.. (SHARING is CARING kang..)hi.. so, hari nie ana cuba ciptakan sedikit ayat untuk terjemahkan dari pembacaan ana..ana tak pandai nak berkongsi.. aikk!!....tangkai jering ke??hehe..xdela...ana tak pandai nak mengatur ayat puitis untuk share with my sahabat fillah nie..tapi ana cuba yea...^_^...sebagai peringatan buat ana..jua sahabat-sahabat..jom kita buka mata luas-luas..tapi jangan buka mata je epp..hati kita pom kena buka juga yea..heh he..tentang kita (WANITA)..



wanita itu hadir atas nama cinta.. iye, cinta yang paling agung adalah datangnya dari DIA.. bagaimana Allah memurnikan kewujudan wanita bukan sekadar hiasan dunia..HAWA adalah wanita pertama yang diciptakan atas dasar cinta Allah kepada ADAM.. setelah melalui beberapa frasa hidop dan sejarah, tak dapat digambarkan betapa Allah sentiasa kagum dengan kehebatan cinta seorang wanita...^__^ suka kan??alhamdulillah....NAMUN, zaman berzaman yang dilalui turut kita saksikan betapa manusia itu meletakkan darjat seorang wanita ditahap yang paling bawah..anak pompuan dibunuh, golongan wanita pula dijadikan perkakas..wanita tidak lebih sebagai pelayan nafsu serakah kaum lelaki..kita(wanita) dilihat sbagai simbol seks dan langsung xdiberi hak keatas warisan dan sebagainya..subhanallah, begitu sekali rendahnya  martabat kita seorang wanita di zaman jahiliyah....
namun segalanya berubah apabila islam mula meresap kedalam kehidupan kaum-kaum terdahulu..mereka mula mengubah kehidupan dan menjadi lebih bertamadun..


sekiranya zaman jahiliyah betapa wanita itu tidak punyai maruah, anak dibolehkan kawen ngan ibunya sendiri.. namun cahaya yg dibawakan islam telah mengharamkan perkara itu berlaku dan telah meletakkan kita(wanita) dikedudukan yang tersendiri..firman Allah S.W.T;

"Diharamkan keatas kamu (mengahwini) ibu-ibumu, anak pompuanmu, saudara-saudara pompuanmu, saudara-saudara bapamu yang perempuan dan saudara-saudara ibumu yang perempuan"..
(an-nisa':4:23)

selain dari tue..islam mengangkat lagi darjat kita dengan meletakkan garis panduan kepada kita seperti cara berpakaian dan sebagainya agar kita terpelihara drpd terus dijadikan bahan eksploitasi..subhanallah..indah kan islam...


islam itu bukan "ini tak boleh itu xboleh"..tapi islam itu "ini boleh dengan sebab nie dan itu xboleh dengan sebab itu.."..semua yang Allah aturkan tue xlain xbukan hanya nak jaga kita.....Allah3x...
peringatan buat ana juga...~_~

namun nowaday..sebaliknya pula yang berlaku kan..ramai dari kalangan kita yang mendedahkan diri macam yang berlaku dizaman jahiliyah dulu.. mereka mula berasa bangga apabila banyak mata melirik penuh makna melihat susuk tubuh mahupom pakaian diorang seolah-olah 'berterlanjang' tue..mereka jugak mula berasa bangga apabila banyak mulut lelaki yang rancak bercerita tentang keindahan mereka yang ditonton percuma dimana sahaja...dimana rahsia tubuh kita saudariku sayang andai semuanya dipertontonkan?? dimana maruah suami kita kelak apabila orang yang dia sayangi..org yang dia miliki telah dijadikan bahan tayangan bak movie panas di pawangan oleh lelaki lain terlebih dahulu sebelum dirinya...??hrmm...renungkan lah...

benarlah sabda rasulullah S.A.W, "akan berlaku banyak fitnah diakhir zaman nanti yang kebanyakannya adalah dari wanita"... baginda juga pernah berkata bahawa antara golongan paling ramai memasuki neraka adalah wanita...subhanallah.... But....dont worry sayang, kita juga mudah untuk memasuki syurga.. tapi adew caranya...he..
namun hari nie, ramai golongan wanita kurang menyedari kemuliaan kedudukan mereka disisi agama.. larangan dan perintah bukanlah untuk menyusahkan kita, tetapi disitu letaknya murni seorang wanita.. bagaimanapom sedarkah kita bahawa fitnah turut hadir bersama-sama...

duhai wanita...
jangan dengan megah cuba ulangi zaman hidup jahiliyah..
hargailah.....
hargailah setiap inci ketinggian darjat yang diperjuangkan 
oleh islam sekian lama..
wahai wanita, saudariku sayang....
ini jua peringatan buat diriku yang hina...
janganlah menjadi peruntuh martabat diri kita sendiri
dan agunglah apa yang telah islam perintahkan..
andai kita mula kembali mengagungkan wanita zaman jahiliyah,
tiada harga kita disisi Allah S.W.T...

with deepest love..
~jagalah sebaik mungkin kemuliaan kita~

"sesungguhnya seorang wanita muslimah akan menemukan dalam hukum Islam perhatian yang sangat tinggi terhadap dirinya, agar dapat menjaga kesuciannya, menjadi wanita mulia dan memiliki kedudukan yang tinggi. Dan syarat-syarat yang diwajibkan pada pakaian dan perhiasannya tidak lain adalah untuk mencegah kerosakan yang timbul akibat tabarruj (berhias diri). Ini pun bukan untuk mengekang kebebasannya akan tetapi sebagai pelindung baginya agar tidak tergelincir pada lumpur kehinaan atau menjadi sorotan mata.."
subhanallah.....



Nabi SAW bersabda : “Cintailah ALLAH kerana DIA telah memberimu makan dan kenikmatanNYA Dan cintailah aku dengan cinta ALLAH Swt kepadaku”

0 comments:

Post a Comment