CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday 13 November 2011

.::Sedia Bekalan Sebelum Banjir::.


"saya tidak takut Allah...sebab saya selalu berbuat maksiat dan tetap melakukan dosa setiap hari." - para muslimin dan muslimat yang lalai

Assalamualaikum wbt..

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Firman Allah dalam Surah Al-Anfal: 
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya)gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah."  

Ana suka untuk huraikan secara ringkas ayat ini bahawasanya hanya orang-orang yang benar-benar bertaqwa kepada Allah pasti hatinya akan berasa takut dan gentar walaupun hanya dengan disebut nama Allah kepadanya. Jika hanya dengan dengar nama sahaja dah takut, apatah lagi untuk berbuat salah dan dosa terhadap Allah kn?? Banyak benda yang kita buat, kita tidak fikir Allah sentiasa melihat setiap perbuatan kita dengan Raqib dan 'Atid-Nya laju mencatat setiap amal perbuatan kita..subhanallah.. (ingatan buat diri ana sendiri..~_~)


sediakan bekalan didunia untuk kehidupan indah diakhirat

Ana tahu, kita semua dah biasa sangat mendengar ceramah-ceramah dan tazkirah-tazkirah yang kita rasa kadang-kadang selalumembosankan. Malas betul nak dengar tazkirahkn?? Apatah lagi nak berdakwah. Duhai hati...subhanallah.. Tak kurang juga ramai yang pandai berdakwah, tapi tak pandai nak amal. Ana nie pun lebih kurang sahajalah..he ^_^ 

 Rasulullah pernah bersabda yang menceritakan tentang keadaan ahli-ahli maksiat di Padang Mahsyar kelak; ada yang ada yg berjalan dgn perutnya dan ada pula yg berdiri dgn mukanya terbalik ke bawah dan kakinya di atas, wali'yazubillah ( moga Allah hindarkan ). Kalau kita fikir-fikir, kerana kita tidak takut kepada Allah lah kita diseksa dan dimalukan sebegini rupa di akhirat. Ini belum lagi seksaan-seksaan neraka yang tak terhingga lagi azabnya. Semua kita tahu, semua orang tahu, semua kita tak nak susah, tak nak azab neraka, tak nak berada di tengah panas apatah lagi di Padang Allah dengan matahari yang dekatnya dikatakan sejengkal dengan ubun-ubun kepala! MasyaAllah!

Jadi, kenapa kita masih tidak mahu sediakan payung amalan pahala di dunia banyak-banyak?? Kita ni kalau kena hujan pun dah nak selesema, demam. Inikan pula dibiarkan beratus tahun di bawah terik mentari di akhirat..subhanallah.. Tunggu apa lagi, ahsanuuuuuuuu ( berbuat kebaikanlah kamu semua )! Innallaha Yuhibbul Muhsinin..

 Peringatan ini khas buat sahabat-sahabat dan tidak lupa juga buat diri ana sendiri yang begitu Dhoif disisiNya..
jom!! sediakan bekalan masing-masing cepat-cepat. Makin banyak bekalan, makin selamat.He..
yang dimaksudkan ana untuk akhirat yea sahabat-sahabat...untuk persediaan musim banjir kita tunggu time lain..hi 

Wassalam..senyum~~

with deepest love..[=D]



Nabi SAW bersabda : “Cintailah ALLAH kerana DIA telah memberimu makan dan kenikmatanNYA Dan cintailah aku dengan cinta ALLAH Swt kepadaku”

0 comments:

Post a Comment