CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday 9 May 2012

.::wanita kita perlu tau...::.




ALLAH m'jadikan manusia ini berpasangan .malam pasangannya siang,rajin pasangannya malas dan lelaki pasangannya perempuan....kerana perempuan adalah pasangan kepada sang lelaki,maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki...bila berkata tentang terpikat, maka ada hubungkait dgn nafsu...jadi utk mengawal nafsu, mesti dikawal dgn iman...untuk mendapatkan iman mestilah menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNyA.

ketahuilah saudari muslimah kesayanganku...pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol (simbol apa?? rasenya semua org tau kot..hehe)...org lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dgn iman...maka mata lelaki ini akan sentiasa menjalar apabila melihat wanita...setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan pelbagai tafsiran2 nakal..Allah..

Apabila seorang lelaki terlihat perempuan, perkara pertama yg dilihatnya ialah rambutnya..maka akan timbul pelbgai tafsiran tentang rambut perempuan berkenaan...oleh kerana itulah wanita WAJIB menutup rambutnya...

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akn turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka WAJIBlah bg wanita itu menutup lehernya...dan seterusnya, mata lelaki itu akan turun lagi melihat dadanya..jadi BERKEWAJIPANlah kita sebagai wanita menutup dada kita ngan melabuhkan tudung kita... setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak nampak bentuk pinggangnya...jadi, mata lelaki akan kembali nakal iaitu akan melihat bentuk punggungnya, maka WAJIBlah wanita itu mebesarkan pakaiannya, dan lelaki itu akan melihat bentuk pehanya, maka janganlah wanita itu memakai kain yang ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walaupun sedikit....lelaki itu sifatnya sukar mengalah(jgn marah yea lelaki, sebahagian saja..^^)  maka dilihat lagi oleh lelaki itu akn bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus terang pihak lelaki bercakap,walaupom muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, tapi wnita itu memakai seluar, walaupom nampak besar sedikit, nafsu lelaki akan terusik secara spontan..(masyallah takutnya!!) 

Mata lelaki ni nakal, setelah tidak nampak akan bentuk pehanya, maka akan dilihat pula akan kakinya. maka WAJIBlaa wanita itu menolong lelaki itu supaya tidak berdosa dengan memakai stokin yg warnanya jangan sesekali sama warna dengan warna kulit wanita...mata lelaki akan kembali ke atas dan melihat pula bntuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutup bentuk tangannya yang indah dari pandngn lelaki...duhai kaum adam, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana itu akan menimbulkan fitnah...kecuali jika kamu wahai kaum adam ingin meminangnya...jika wanita itu cukup solehah, takut mukanya akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik utk kamu...

^______________^

Tetapi mata lelaki ni ada satu lg jenis penyakit, iaitu mata lelaki akan tertangkap dengan sepontan jika terlihat warna yang menyerlah atau terang...oleh itu duhai muslimah kesayangan sekalian, tolonglah jangan memakai warna yang terang-terang...kalau nak pakai pom, pakailah untuk suamimu saja...(yup, ini yang terbaeekkk!!) ^_^

Wahai muslimah, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah kita menjaga kehormatan masing-masing, jangan keluar seorang diri(peringatan utk diriku jua..)...mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat...

Dunia sekarang banyak cacat celanya sehinggakan wanita yg memakai tudung masih tidak menutup auratnya secara sempurna...sedikit pesanan untuk sang adam, matamu itu WAJIB tidak mencuri-curi melihat kepada muslimah krn  ghadul basar (tundukkan pandangan) tue satu perintah dari ALLAH...adakah kalian terlupa atau buat-buat lupa?? wallahu'lam.. 


...wanita itu sendiri adalah rahsia....

notakaki::
~terbaca artikel pasal wanita pd pandangan adam tadi...sedikit pekongsian utk teman-teman ana...subhanallah masih banyak nde yang ana tak tau...terasa terlalu banyak kesilapan yg dibuat dalam proses penjagaan diri sendiri..Allah..
~semoga pekongsian nie membawa manfaat untuk teman-teman ana jua peringatan buat ana sendiri.....:').. 
~ambillah segalanya yg bermanfaat dariku sebelum Allah mengambil nyawaku..................SHARING IS LOVING!!


Nabi SAW bersabda : “Cintailah ALLAH kerana DIA telah memberimu makan dan kenikmatanNYA Dan cintailah aku dengan cinta ALLAH Swt kepadaku”

0 comments:

Post a Comment