CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday 2 January 2012

.::selamat pendek umur duhai diriku::.







Tingkatan hidup diredah biarpun payah. Semua itu satu momen yang perlu dan pasti dilalui semua yang bergelar khalifah. Pahit, manis,masam, masin,kelat bagai satu rencah yang digaul sebati agar mencapai tahap kelazatan yang sempurna dalam sebuah kehidupan. Maha Suci ALLAH..setiap yang dirancang bukan sesuatu yang sia-sia. Didalamnya terkandung sesuatu yang menakjubkan hingga tak mampu melewati akal fikiran manusia. Manusia merancang dan ALLAH juga merancang. Tapi perancangan ALLAH lebih baik. Kembara merentasi belantara kehidupan makin mencapai ke usia 19 tahun. Usia yang kian matang kiranya. Matang dalam membuat penilaian baik buruk, dosa dan pahala, serta membezakan laranganNYA dan suruhanNYA. Sudah lebih 18 tahun menyedut oksigen ALLAH secara percuma. Tak pernah diminta bayaran melainkan pengabdian, sujud dan rukuk kepadaNYA..subhanallah..

Dan barangsiapa bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan barangsiapa tidak bersyukur(kufur), maka sesungguhnya ALLAH maha Kaya, Maha Terpuji(31:12)..


setiap hari adalah hari untuk bermuhasabah syahirah....
Duhai diri, detik demi detik yang kamu lalui sedarkah kamu sebenarnya usiamu semakin habis dan SAKARATULMAUT itu sedang meghampirimu? Kerapkali kamu menundakan taubat dari sehari ke sehari dan dari tahun ke tahun, mengapa kamu masih menunggu? Adakah kamu dapat mengelak daripada maut itu? Adakah kamu berkuasa melepaskan diri daripada masuk ke dalam neraka? Adakah kamu merasa sudah wajar mendapat balasan syurga? Adakah nikmat dan kesenangan telah melekakanmu? Adakah kamu telah binasa kerana kebaikan dan kamu terpedaya dengan dunia dengan panjangnya angan-angan? Tempoh kamu sudah ditentukan dan nafasmu ada batasnya...

Duhai diri! Kamu masih terus-menerus dengan perbuatan sumbangmu, sedangkan setiap hari kamu menghabiskan umurmu sejak dari saat kamu keluar dari rahim ibumu lagi. Seandainya kamu mengetahui berapa lagi umurmu yang masih tersisa, maka kamu akan melupakan angan-angan panjangmu.

Sesungguhnya kematian akan membuka seluruh rahsiamu, hari kiamat akan membuka perkhabaranmu dan seksa akan membuka penutupmu. Apabila kamu melihat aib cela orang lain sementara kamu lupa aib cela dirimu sendiri, maka sesungguhnya kamu sudah sampai tahap lebih MENYUKAI SYAITAN DAN MEMARAHI AR-RAHMAN.Nauzubillahiminzalik.


Perbanyakkan bekalanmu kerana perjalananmu amat panjang dan jauh... Betulkan amalanmu kerana sesungguhnya titian siratNYA amat halus. Ikhlaskan dalam perbuatanmu maka sesungguhnya pemerhatianNYA amatlah teliti. Jika kamu merindui syurga, bersegeralah berbuat amal kebajikan. Jika kamu takut kepada neraka, bertahanlah daripada melakukan kejahatan dan maksiat. Dan jika kamu menahan keinginan nafsumu maka kamu akan mencapai darjat yang tinggi...subhanallah..


Wahai sekalian manusia, setiap hari yang baru bumi sentiasa menegurmu dengan kata-katanya: 
“ Wahai sekalian manusia, engkau berjalan dipermukaanku dan setelah itu engkau akan disimpan didalam perutku. Engkau memakan segala yang diingin ketika berada dipermukaanku, kemudian engkau akan dimakan ulat didalam perutku. Wahai sekalian manusia, aku adalah rumah kesunyian, aku adalah tempat pertanyaan, aku adalah rumah kegelapan, aku adalah rumah kala dan ulat. Maka diamilah aku jangan engkau hindari aku”...
..hadis qudsi..

~untukmu duhai diriku~

imtisal nur alya..


Nabi SAW bersabda : “Cintailah ALLAH kerana DIA telah memberimu makan dan kenikmatanNYA Dan cintailah aku dengan cinta ALLAH Swt kepadaku”

0 comments:

Post a Comment