CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday 29 January 2012

.::ku tinggalkan cinta dikaki langit::.

salam kerinduan buat kampung halaman yang ku tinggalkan disaat mentari mula menapak maju membuka tirai indahnya seketika tadi...apabila malam mula merubah warnanya, makin menggatal jari jemari ini ingin menari di keyboard komputer riba hadiah terindah seorang abang buat adik kesayangan..=.='.cahaya indah rembulan mula mengintai makhluk bumi disebalik awan malam..sunyi sepi saat ini..tetamu hostel masih kurang..masing-masing sayang meninggalkan tanah tumpah darah tercinta..dan ana??kembali jua hari ini dengan rasa beratnya hati yang tak tertanggung sayunya..

sepi tanpa bicara, hanya suara merdu cengkerik yang menemani diri disaat kesunyian..tidak pernah dilupa diriNYA yang sentiasa ada bersama gerak nadi..alhamdulillah. masih diberi peluang meneguk nikmat kurniaanNya biarpun berkali-kali nikmat ini di koyak rabakkan tanpa ada sedikit rasa syukur.subhanallah.. 
kepulangan ini ana tinggalkan sejuta perasaan..gembira, sedih, terharu, cemburu, syukur..secukup rasa!! tenanglah duhai diriku...bukan mudah meninggalkan sesuatu yang kita sayang..sabarlah jiwaku..bukan mudah menahan kerenah orang sekelilingmu yang bermacam ragam..husnu zhonlah pemikiranku, tiada yang lebih baik daripada itu...cubalah untuk bertenang ikhtifarlah kepadaNya..perbanyakkan selawat keatas kekasihNya..insyaAllah hatimu akan tenang.. sekalipun rasa ini kuat membelenggu diri..tangkislah ia dengan bermuhasabah..ingatlah.. Allah datangkan angin musibah supaya kita kembali bermuhasabah, bukan untuk membuatkan diri terus layu terkulai menunggu saatnya untuk rebah..bangkitlah!! pandanglah kehadapanmu..ada sinar indah sedang menunggu..
melodi indah buat diriku....

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

C/O:Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

tinggallah segala luka pedihmu disitu...bawalah bersama semangat baru..carilah sinar gemilang itu disebalik mendungnya awan selepas berhentinya hujan..berdoalah sayangku..semalam Allah telah menolongmu, percayalah esok dan selamanya pasti DIA akan menolongmu lagi...!!


Nabi SAW bersabda : “Cintailah ALLAH kerana DIA telah memberimu makan dan kenikmatanNYA Dan cintailah aku dengan cinta ALLAH Swt kepadaku”

0 comments:

Post a Comment