CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday 19 January 2012

.::Ilmu itu NUR dari Allah::.



”Aku mengadu kepada Waki’ mengenai buruknya hafalanku;
beliau memberi petunjuk kepadaku agar aku meninggalkan maksiat;
Beliau berkata: Ketahuilah bahawa ilmu adalah cahaya;sedangkan cahaya Allah tidak mungkin diberikan kepada pelaku maksiat.”...

Sahabat sekalian,Mari muhasabah semula diri kita bersama.

Ilmu adalah cahaya...

Adakah dengan cemerlangnya kita dalam pelajaran, cahaya Allah telah masuk dalam hati kita? Maka,kita bukan dari golongan yang membuat maksiat?Kita bukan pelaku maksiat???

Sedarilah,

Adakah hasutan dan godaan syaitan, hawa nafsu dan dunia itu lebih menarik dari tarikan syurga yang kekal abadi? Lebih menarik dari redha dan sayang Allah buat hamba-Nya? Apa lebihnya dunia yang kilauannya hanya sementara berbanding syurga yang kekal kilauannya? Adakah kita jahil tentang perkara ini? Kita tahu Hari Kiamat sudah dekat. Kita tahu mati itu bisa diketemukan bila-bila sahaja.

Kenangkan,Dahulunya,ketika masih kecil, kita rajin menghafal dan membaca al-quran. Bagus bacaan ketika itu. Mak ayah gembira kerana kita mampu membaca Alif Ba Ta, Al-quran dengan bertajwid..Dahulunya, ketika masih kecil, kita suka mendengar kisah-kisah nabi. Mahu jadi seperti sahabat-sahabat Rasulullah. Mahu jadi berani, kental seperti Salahuddin Al-Ayubi...

Dahulunya, ketika masih kecil, kita saling berkejaran untuk khatam al-quran. Berlumba-lumba dengan adik-beradik, rakan-rakan. Mengejar ganjaran pahala di bulan Ramadhan.Dahulunya, ketika masih kecil, kita sangat takutkan neraka. Kita mahukan syurga. Sentiasa bertanyakan ustaz-ustazah tentang syurga, neraka dan isi-isinya.Dahulunya, ketika masih kecil, kita gerunkan Hari Akhirat. Sentiasa bertanyakan ustaz-ustazah tentang Dajjal,Ya’juj wa Ma’juj dan keadaan Hari Kiamat...

Mengapa sekarang tidak lagi???

Akademik kita masih cemerlang seperti dahulu, tetapi ISLAM kita tidak secemerlang dahulu. Muslim sejatikah kita sekarang?

UPSR 5A, PMR 9A, SPM 11A. Dapat ke luar negara,sambung pelajaran.Ya Allah, banyak sungguh nikmat yang kita dapat...

Our academic achievements as a student go up as our performances as Muslim go down. Nevertheless, Allah masih berikan nikmat yang tidak terkira. Walhal, Allah masih menolong dan membantu kita...

Adakah semua ini dikira Nur Allah telah masuk ke dalam hati kita? Adakah pertolongan Allah tersebut membuktikan Nur Allah telah masuk untuk kita?

Allah masih sayangkan kita. Oleh kerana itu, kita masih cemerlang sebagai pelajar. Sebagai muslim, bagaimana? Jauhilah maksiat wahai sahabat. Jauhilah...

Siapa lagi kalau bukan Allah yang memberikan cemerlang pada kamu. Siapa lagi kalau bukan Allah yang masih menjadikan kita hidup menghirup udara segar. Menikmati nikmat Islam. Mahukah kita mati sebagai ahlun nar – ahli neraka???

Kenapa masih lagi bergelumang dengan maksiat, wahai sahabat. Mengapa?

Nur Allah adalah Nur Kasih yang ‘real’=Tepuk dada tanya Iman kita...


MUHASABAH BUAT DIRI KITA..........
~~ IMTISALNURALYA ~~

Nabi SAW bersabda : “Cintailah ALLAH kerana DIA telah memberimu makan dan kenikmatanNYA Dan cintailah aku dengan cinta ALLAH Swt kepadaku”

0 comments:

Post a Comment