CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday 30 April 2012

saya nak jadi mar'ah solehah..!!




aku sering terfikir..mampukah aku menjadi bidadari syurga??bukan sekadar bidadari yang indah dilihat pada zahir tapi indah jua pada batinnya..

bismillahirrahmanirrahim...alhamdulillah, hari ini masih lagi diberi kesempatan buatku untuk mengukir secebis bicara pada ruangan sempit yang telah sekian lama ku tinggalkan sepi..jemari ini semakin rancak menari-nari dititian keyboard setelah sekian lama tidak bergerak cergas kerna tersekat dengan tugasan-tugasan yang lebih penting untuk dilaksanakan..arrrrgh..kian berhabuk nampaknya blog usang nie..:) dengan lagak tenang, ku cuba mulakn bicara ini dengan kalimah basmallah..agar bicaraku ini tidak ter'herot' dari matlamat sebenar ku mengukirnya...

''saya ingin menjadi mar'ah solehah...!!!'' kali ini, ku bawakan impian ini dihalaman hijau yang tak seberapa kemas nie..semoga ia bermanfaat untuk diriku...malahan mampu jua menjadi teladan buat sahabat-sahabat yang membaca...

semua orang tahu bahawa wanita solehah itu begitu berharga disisi islam..banyak kalam Allah..kalam rasul dan kalam para solihin yang menyebut dan menceritakan mengenai wanita solehah..malah tiada diantara kita orang islam yang berani menafikan kemuliaan wanita solehah..subhanallah, betapa berharganya wanita solehah ini....mampukah diri menyarung gelaran indah ini??Allah...

ingin sekali ku memperingati diriku sendiri jua dirimu,duhai sahabatku sayang..betapa wanita solehah itu terlalu banyak kelebihannya....semoga hadis dibwah nie mampu mmberi kekuatan kepadaku jua kamu untuk mengamal islam dalam erti kata sebenarnya....smoga impian yang terbina setinggi bintang itu mampu kita genggami ia suatu saat nanti..

"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya".
Ath-Thabrani.

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya".
Ibnu-majah.

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik"
Ibnu - Majah.

Allah..Allah..Allah...duhai diriku, janganlah kamu hanya menjadi mar'ah jamilah (wanita cantik) tapi tambahlah nilai solehah itu kedalam dirimu..barulah sempurna hidupmu sebagai seorang wanita..
ingat yea!! :)
mar'ah solehah..impian kita..:)

Nabi SAW bersabda : “Cintailah ALLAH kerana DIA telah memberimu makan dan kenikmatanNYA Dan cintailah aku dengan cinta ALLAH Swt kepadaku”

0 comments:

Post a Comment