Dalam sepi aku berbicara..
Keyboard seakan memanggil-manggil minta untuk dibelai. Tangan terus merapati keyboard dan terus memberi sentuhan manja padanya. Otak berputar ligat mencari idea untuk entri terbaru. Ilham dari ILLAHI untuk sekian kalinya dinanti lagi. Kuntuman doa dilafaz dalam sepi berulang kali. Mohon diberi ilham seperti selalu dan moga setiap bait bicara sepi ini ditulis atas tuntunan dariNYA. Selalu berpesan pada diri bahawa setiap kalimah dalam catatan sepi ini akan menjadi hujah antara diri ku dengan ALLAH!
Menjejaki usia 19 tahun menuntut 1001 kekuatan. Andai tiada mujahadah yang tinggi pasti akan tersungkur di lembah kemaksiatan. Nauzubillah. Tangisan sepi semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini. Semuanya kerana ana merasakan sudah tak mampu lagi menjaga hati ini. Terlalu sukar. Semakin dipinta dikikis perasaan itu dari pelupuk hati ini semakin menebal pula perasaan itu datang. Cuba mencari-cari kelemahannya agar hati ini tidak dibuai dalam cinta yang fatamorgana ini. Masih belum mampu. Dalam sepi lantas terpancul bait-bait doa dalam esakan penuh syahdu.
Ya ALLAH aku dah tak mampu menjaga hati ini! ENGKAU hadirkannya di saat aku masih bertatih untuk menyintaiMU..
Benar. Hati yang ALLAH amanahkan ini terasa tak mampu lagi ana jaga. Rasanya sudah terlalu kotor untuk dihinggapi cintaNYA. Walau selalu ana melantunkan ayat-ayat cinta buat RABB namun tetap jua diuji dengan kehadiran sang kumbang yang cuba-cuba menghampiri kelopak mawarku. ALLAHurabbi.
Bila ALLAH datangkan cinta insan pada kita bermakna ALLAH sedang menguji tahap kecintaan kita padaNYA.
Ana sedar. Sebenarnya ALLAH sedang menduga lafaz-lafaz cinta yang sering ana lantunkan padaNYA setiap kali amanahNYA dilaksanakan. Adakah benar atau dusta semata. Diuju dengan kalam sendiri! Bukan mudah ingin meletakkan cinta kepada ALLAH sepenuhnya. Sering tarbiyahNYA terlebih dahulu datang menduga. Cinta kepadaNYA bukan sekadar kalam yang meniti dibibir sahaja tapi mesti dibuktikan menerusi tindakan. Love ALLAH is not word but verb. Mujahadah yang tinggi sangat diperlukan untuk menepis segala gelombang cinta palsu.
ALLAH, jangan biarkan aku keseorangan dalam melawan perasaan ini. Aku ingin cintaMU, aku ingin redhaMU.
Bercintalah selepas kahwin.
Maksud ana di sini bukanlah untuk menidakkan cinta insan kerana hakikatnya cinta itu fitrah. Cinta itu sendiri hadiah dari ALLAH. Dicampakkan ke dalam hati setiap hamba-hambaNYA. Ana cuma mengharapkan ‘cinta halal’(cinta selepas kahwin). Bukankah itu lebih indah? Halal untuk dicintai dan dirindui:) Cinta itu sendiri boleh menjadi ibadah hati jika kedua-dua hati yang saling bertaut kerana ALLAH. Cinta dan rindu hanya kerana ALLAH. Tetapi jika cinta itu didasarkan atas nafsu semata maka cinta yang fitrah sudah bertukar menjadi fitnah. Cinta juga boleh menjadikan kita syirik kepada ALLAH bilamana kita meletakkan cinta kepada seseorang melebihi cinta kepada ALLAH, lalu membelakangkan hukum agama kerananya.
Kaulul hukama’: Manusia boleh menjadi hamba kepada apa yang dicintainya.
Justeru berhati-hatilah ketika hendak memberi cinta. Kalau cinta itu tak bermatlamatkan untuk membina baitul muslim lebih baik jangan berani mencuba. Bila sudah terjerat pasti sukar untuk melepaskannya. Percayalah! Jika ada sang kumbang cuba merapati, benteng diri dengan perisai malu. Jangan mudah menyerah. Biarlah kita dikatakan ‘jual mahal’ kerana perempuan solehah itu sememangnya mahal harganya kerana dia mendapat permintaan yang tinggi di dunia dan akhirat. Kalau si rijal itu ingin menjadikan kita sebagai sayap kiri perjuangannya, sepatutunya dia terlebih dahulu memenangi hati ibu bapa kita bukannya kita.
Kalau betul-betul suka datanglah berjumpa dengan ibu bapa. Tapi malangnya tak berani. Kalau begitu kenapa berani untuk bercinta sedangkan masih belum bersedia untuk
berkahwin?
Pilihanku hanya yang beragama.
Imam Nawawi pernah berkata: Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu tapi jika hilangkan agama yang ada padamu, maka hilanglah cintaku padamu..
Kata-kata yang menjadi azimat buat ana dalam membuat pilihan. Baitul muslim yang hendak didirikan bukan bermatlamatkan nafsu semata. Ianya perlu disempurnakan dengan tanggungjawab. Tanggung di dunia dan jawab di akhirat nanti!
Perkahwinaan dimulakan dengan cinta dan disempurnakan dengan tanggungjawab.
Kebelakangan ini sering diasak dengan persoalan khitbah dan kahwin. Macam-macam persoalan yang timbul. Sampai tak mampu nak berkata. Hanya mampu tersenyum meraikan soalan daripada sahabat-sahabat :). Ramai yang menyangka ana sudah khitbah. Alasannya tersarung cincin dijari manis..^_^ Terpulanglah. Hakikatnya, ana sendiri masih mengislah diri dan sedang berusaha ‘mensolehahkan diri’ dengan harapan ana akan mendapat si soleh:) Bukankah perempuan yang baik untuk lelaki yang baik? Sekarang cuba kurangkan sedikit agenda MENCARI tapi berusahalah MENJADI kerana hanya jauhari yang kenal manikam. jadi hanya si soleh yang mengenal si solehah.
Telah tercatat jodohmu di luh mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika dirimu berada di jalan yang diredhaiNYA. InshALLAH si dia turut berada di landasan yang sama. Lupakan segala kegundahan hatimu, teguhkan dirimu pada cinta hakiki nescaya cinta lelaki soleh turut kau miliki..
Nah, pilihan berada di tangan kita. Kita yang perlu mencorakkan diri kita jika pilihan kita adalah lelaki soleh..^__^
mabruk buat sahabat-sahabat yang bakal melangsungkan perkahwinan buat masa terdekat ini.... barakallahu lakuma...
dear zauj...
be a imam for my prayers...be my qari and read the qurans for me..be the one who leads me to Allah..that's all i'm asking for...
be a imam for my prayers...be my qari and read the qurans for me..be the one who leads me to Allah..that's all i'm asking for...
1 comments:
Moga Allah menguatkan hatimu dgn ayat2Nya...
Hasbunallahu wa ni3mal wakil..
Post a Comment