Orang yang berupa cantik dan hensem sangat berlambak-lambak. Takde apa nak diherankan dengan rupa. Lama-lama berkedut jugak...
Layanlah janji manis manusia sebagai kata-kata sahaja. Biarlah kata itu singgah di telinga tapi jangan sesekali membenarkannya masuk ke hati untuk dipercayai...
Sesungguhnya mengorbankan rasa sayang itu lebih sukar berbanding menginfaq harta...
Subhanallah.....
Menjadi sebaik-baik hamba dan khalifah bukanlah semudah memetik dua jari. Letupan belum pasti berbunyi. Hakikatnya manusia sememangnya penuh dengan kekurangan. Namun tidak menjadi kesalahan untuk membaiki diri menjadi sebaik-baik hamba ALLAH. Teruslah melangkah meskipun dalam kepayahan. Kita adalah khalifah. Mengapa perlu diuji dengan perkara yang mudah. Sedangkan kepayahan itu perkara WAJIB sebelum tiba di Jannah. Lalu, haruskah mengalah pada takdir yang sering menghadiahkan kita dengan kesukaran yang membuatkan kita tersujud menangis hiba? Belajarlah tabah duhai hati seorang perjuang! Tangisan itu pasti tidak sia-sia andai langkahmu terus teguh menuju jalanNYA....
0 comments:
Post a Comment