
bismillahirrohmanirrohim.....ku mulai tintaku dengan langkahan basmallah agar tenang hatiku berhadapan denganmu, bakal mertuaku....
sebelum saya terus mengukir kata dalam tulisan
ini...izinkanlah saya memperkenalkan diri terlebih dahulu
duhai bakal ibu mertuaku..perkenalkanlah saya adalah wanita biasa dengan
keperibadian yang teramat biasa dan dari kalangan keluarga yang biasa sahaja..ibu kepada bakal zaujku..saya bukanlah Khadijah r.a, seorang wanita yang
luar biasa dalam sejarah wanita islam…dan teramat Mulia..saya bukanlah Aisyah r,a, seorang yang utama dalam
ketakwaannya..bukan juga Fatimah Az Zahra yang sangat utama dalam ketabahannya..tidak pula seperti Zulaikha yang teramat sangat
cantiknya..apalagi al Khansa yang sangat pandai mendidik
mujahid2 kecilnya..tapi, seperti yang saya katakan..saya hanya wanita
biasa..dengan ketakwaan yang biasa..ketabahan yang tak seberapa..dan kecantikkan saya pun tak layak di
perhitungkan….
namun ibu..saya adalah wanita akhir zaman yang punya cita–cita menjadi wanita solehah..yang akan berusaha mengabdi pada bakal suamiku dan juga padamu..duhai bakal ibu mertuaku..saya bukanlah musuhmu yang hendak merebut perhatian
dan kasih sayang anakmu..tapi saya akan menjadi rakanmu untuk memberikan
kasih sayang pada anak mu..dan kelak pada mujahid dan mujahidahku, bakal cucu mu
duhai ibu…
ibu tak perlu bimbang yea ibu..
saya tak akan merebut perhatian anak ibu..justeru saya akan menjadikannya lebih taat pada ibu..kerana akan saya katakan padanya bahawa..ibulah yang utama patut mendapat perhatiannya..saya pun tak akan marah jika ibu membantu
mengatur rumah tangga kami..kerana sebagai wanita yang baru bernikah patutlah
saya belajar darimu yang berlimpah pengalaman..dan ibu yang lebih tahu keinginan anak ibu…..
duhai bakal ibu mertua yang ku sayangi..
saya harap kita bisa menjadi rakan yang baik..kerana pernikahan adalah membuka tabir rahsia
antara saya dan anakmu…kami memerlukan banyak kesabaran untuk menghadapi
banyaknya kejutan–kejutan dari perbezaan antara kami..saya berharap ibu dapat menjadi penasihat jika saya sedang dalam ke alpaan..menjadi pendegar yang setia saat saya dlm
kesusahan…boleh kan ibu?? ^___^
kerana sekali lagi saya bukanlah siti hajar yang
sabar dalam penderitaan….
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
with deepest love,
imtisal nur alya
0 comments:
Post a Comment