.......................................................................................................................................................................................................................................................................................
Allohu Robbi...termenung sejenak..bagaimana dengan diri ini?? bercita-cita ingin menjadi solehah..namun amalku seolah-olah menidakkannya....bagaimana pula kelak?? berimpikan ulama'-ulama' yang beriman..serikandi-serikandi yang indah akhlak dan pekerti...namun umminya??
diam..merenung titis-titis hujan...bakal ummi ini perlukan perubahan...yup, mesti!!
tersentap seketika mendengar bait-bait ayat ini..
"..demi untuk zuriat yang bakal lahir, setiap pemuda dan pemudi wajib merancang dengan baik dalam mencari bakal ibu dan bapa kepada anak-anak...jika gagal, tidak mustahil anak-anak nanti menjadi rosak dan akhirnya menjadi derhaka kepada ibu dan ayah...jangan jadi seperti yang dikatakan oleh Sayyidina Umar, ''kamu telah menderhaka kepada anakmu, sebelum anakmu menderhaka kepada mu...''
Allah..Allah..Allah...tidak ingin menjadi ummi yang derhaka buat sang anak..apatah lagi sebelom menjadi zaujah...tidak ingin menjadi anak yang derhaka buat ibu ayah...ana kena berubah..yea, empat bulan ana tinggal kan dunia blog ini...dah lapan bulan juga ana mula kenal diri ana..mula merasai indahnya hidup bersyariat..indahnya hidup apabila kenal siapa DIA, sang pemilik hati.. sedikit demi sedikit ana cuba belajar.. belajar dari kehidupan orang..belajar dari usrah-usrah...belajar dari ujian yang datang..apatah lagi tarbiyyah-tarbiyyah secara formal atau tidak..syukur...Dia masih sayangkan ana...kuatkan hati ana....dan tanggal 8 september 2012....sekali lagi hidup ana mula berubah... moga keputusan yang diambil ini tak menyusahkan hidup sesiapa...ana berubah kerana Dia..ingin jadi lebih baik juga kerana Dia..bukan kerana mereka-mereka..tetapi kerana terlalu rindukan peluk kasih Dia...ingin jadi anak yang solehah...zaujah penyejuk mata sang zauj...mahu jadi ummi yang baik buat sang bidadari dan ulama'-ulama'...
alhamdulillah....kini, ana seorang niqabis..
ini adalah perubahan kedua ana...alhamdulillah Allah masih kuatkan hati dan diri ana...teringat perubahan pertama setahun yang lalu...ana mula beristiqomah mengenakan tudung labuh iaitu apabila pertama kali menjejakkan kaki ke matrikulasi...dan 4bulan yang lalu..ana cuba beranikan diri memakai niqab apabila mula menjejakkan kaki dibumi yang bernama UNIVERSITI...subhanallah..ujian itu datang tanpa henti...bukan mengalah..tapi ana cuba untuk gagah..yakin Dia ada disisi..tapi kadang-kadang longlai terasa kaki ini..di hadapan makhluk, ana mampu berlagak kuat..tapi, bila berkeseorangan..air mata sentiasa berjurai..menemani hati yang sedang terluka mungkin...
perubahan ini bukan semua orang suka....dan tidak dinafikan, tak semua orang percaya kita mampu kuat...mampu beristiqomah dengan apa yang kita pilih...''awak, tak panas ke pakai macam nie??'' ''awak..macamana yea awak makan??mesti susahkan...'' ''awak..mesti awak lawakan..sebab tu awak tutup muka awak...''.. ''awak...bla..bla..blaa....''.. ana hanya mampu tersenyum..sungguh, banyak persoalan yang meniti dibibir sang pemerhati...kadang-kadang terasa dihargai..tapi sometime, rasa diri seolah-olah dipermain...sedih... lalu..ana cuba pujuk diri...perubahan ini kerana Allah bukan?? kenapa mesti lemah??kenapa perlu mengalah??
bagaimana nak jadi ummi buat anak-anak kelak..kalau ujian kecil nie pom dah nak nangis..dushh... terkena sebijik..hrmm.. dan sometime, terkilan jugak..apabila ada yang tak mengerti perasaan kita..dan akhirnya, terluah jugak di muka buku...
Allah...berikan aku kesabaran yang tinggi untuk menempuh jalan menuju syurgaMu..aku mengerti bukan mudah untuk menjadi yang terbaik..maka kuatkan iman ini Ya Rabb...amin.
ana mengerti..ujian itu pelukan sayang Allah...kerna itu ana kena kuat..Allah nak uji keikhlasan hati ini mencintaiNya..terima kasih buat yang selalu disisi..yang memberi kata-kata semangat untuk terus kuat... dan alhamdulillah..hari ini ana mampu kuat lagi..dengan sebuah senyuman..ana mampu berdiri gagah...yup, Allah takkan uji hambanya kalau Dia tahu hambanya itu tak mampu nak pikul ujian itu... subhanallah betapa besarkan kasih Dia..mencintai hamba dengan memberi ujian...ujian untuk dekatkan lagi diri ini dengan Dia...
hrmm..tak terucap rasa syukur ini.....terima kasih Tuhan...
ana mula mengatur langkah lagi...namun satu langkahan yang penuh ''hati-hati''..agar tak terpijak duri-duri tajam dijalanan..agar kaki ini tidak lagi terluka..masalah dan ujian itu selalu ada...malah tak pernah berhenti..ana cuba pegang pada prinsip, ''hidup tanpa masalah ibarat belajar tanpa ada peperiksaan...''.. kita hanya hidup sambil lewa..tiada arah tuju kan??.. bila diuji..baru kita sedar jalan yang kita lalui ini betul atau salah...indahnya perancangan Allah..
ana inginkan title solehah!! yup, solehah......bukan mudah kan..tapi inilah jalannya..berubah menjadi lebih baik... nak anak soleh...kena mula sekarang right?? ^_^ senyum je bila sebut anak....sabar.. lambat lagi diriku sayang..perbaiki diri dahulu...doakan agar Allah sentiasa kuatkan diri..kuatkan iman..kuatkan hati...jangan mudah sentap...nak jadi si solehah bukan mudah..kena lalui jalan yang susah dulu..andai tak mampu bertahan, menangislah...agar tangisan itu bisa membuat hatimu kuat kembali..
diriku..ingatlah... ''seorang mukmin itu tidak sepatutnya bersedih terlalu lama..kerana dia ada Allah disisinya..dan kesedihan bukanlah cara hamba Allah mengabdikan diri kepadaNya..''
teruskan melangkah..pandang kehadapan..senyum..wanita solehah itu dambaan kamu bukan??ikhlaskan niat keran Dia...bersusahlah dahulu..syurga menantimu sayang...
senyum!!
#contengan perjalanan....sedikit melalut...tak mampu melontarkan bahasa indah..hanya yang reti mengerti.... Allah yang maha Kuat sedang melatih diri untuk jadi kuat....^_^