CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, 29 May 2012

.::langkahan pertama::.



..langkahan pertama..

NIQAB tu bukan kayu ukur tingginya tahap keimanan seorang wanita
NIQAB itu juga bukanlah satu jaminan utk dia masuk ke syurga
tapi dgn NIQAB tu membuatkan dia sentiasa berusaha utk berubah
menjadi seorang muslimah solehah yg Penciptanya mahukan..
NIQAB itu juga bukan tanda seseorang itu alim
tetapi itu pelindungnya dari perkara-perkara yang tidak baik
Moga dari kerana ,SEHELAI KAIN ni, hati juga terjaga, akhlak terpelihara
dan akidah makin teguh pada-Nya
Insya-ALLAH..

Berkata Seorang Munaqabah:
Aku berniqab bukanlah kerana trend terkini..
Aku berniqab bukan untuk menunjuk diri alim..
Aku berniqab bukan untuk merendah-rendahkan yang lain..
Aku berniqab bukan untuk perlekehkan sesama Muslimin Muslimat..
Aku berniqab kerana aku mahu taat kepadaNYA..


Semoga Allah kuatkan hati dan nurani ini untuk terus melangkah dalam keredhaan Dia..

notakaki:: berniqab atau x, insafilah kita mmbawa syiar islam dsebalik apa yg dpakai..sesungguhnya wanita itu sendiri rahsia..jom hijrah!!


Mungkin aku hanya sekadar Hiasan Dunia..

Namun aku tetap punyai Mahkota Bernilai (maruah)..
Aku tidak ingin dipertontonkan..
dan aku tidak dicipta untuk menjadi bahan peragaan..
Kerana aku bukanlah barang dagangan..
Yang dicipta untuk menjadi pandangan umum..
Apatah lagi untuk disentuh..

with deepest love,
..imtisal nur alya..


Nabi SAW bersabda : “Cintailah ALLAH kerana DIA telah memberimu makan dan kenikmatanNYA Dan cintailah aku dengan cinta ALLAH Swt kepadaku”

Friday, 11 May 2012

.::mencari jalan menuju syurga::.



Seruan jihad untuk Mujahidah muda....



berangkatlah menuju Allah yang satu...

senjata tawakkal engkau pikul dibahu...

langkah tersusun mengikut acuan para nabi dan rasul...
pengharapanmu tidak putus agar malaikat dan burung-burung turut mendoakanmu..



kamus mujahidah muda tidak pernah kabur..

andai lemah sebelum berjuang itu khabar binasa dalam menggendong semboyan amanah yang dijanjikan Tuhan yang punya barisan tentera langit dan bumi...



nafsu bergelumang ketakutan lari mengintaimu.

onak ranjau penuh racun membelit leher pencinta tuhan yang lemah..tetapi engkau tetap pantas mengejar musuh...



musuh dikanan engkau cantas dengan ketaqwaan..musuh yang dikiri engkau libas dengan ketawakkalan...musuh dihadapan engkau gertak dengan zikrulloh..musuh dibelakang selawat asy-syifa' menjadi taruhan...



walau lama masa engkau pergi meninggalkan kegembiraan...juga kenangan tempat bercanda waktu remajamu terpaksa dibungkus menjadi azimat penuh penawar didalamnya..tetapi jalanmu adalah menuju syuga abadi...bertepuk segala pohon bertemankan lambaian mengucap senyum dengan ketaatan melihat sekujur tubuh yang luhur budi tetapi perkasa waraknya...



berangkatlah,jangan dipandang sejarah yang mengikat...jangan termakan racun berbaur ammarah..pasakkan azam,agar yang digenggam tidak tercicir...yang diburu itu pasti mengalah dengan keberanianmu...



(..berulang kali membaca status di wall ustz...alhamdulillah berjaya menyentuh hati ini..mekasih ustaz..asiff yea pemintaan ana selalu je pelik-pelik..hope ustz xmarah..^^)

bismillahirrahmanirrahim..alhamdulillah, bersua lagi ana bersama coretan yang tak seberapa 'molek' ini..sekadar melakar lukisan hati di awangan dan bakal gugur berderai bersama titisan keinsafan..insyaAllah.. menulis bagaikan sudah menjadi terapi buat jiwa yang selalu  ditarbiyah nie...segala yang terbuku di hati akan dicoretkan melalui tulisan lalu menterjemahkan segala rahsia disebalik sekeping hati.......:) tapi selalu sangat masa tak mengizinkan jari-jemari nie menari laju titian keyboard..cemburu yea??hi... xpe malam nie adew peluang lagi untuk ana melayar bahtera penulisan...alhamdulillah...(yang terakhir mungkin untuk bulan mei)..

Hatiku Merindu Untuk Beruzlah!!

astaghfirullah...astaghfirullah...astaghfirullah.......segala puji-pujian bagiMu ya Allah, Tuhan yang melimpahkan nikmat dan rahmat kepadaku jua hamba-hambaMu..... Alhamdulillah.. impianku kian terlaksana...Syukur padaMu ya Rahman....sekian lama menyimpan hasrat untuk menuntut dan me'nadah' kitab di pondok akhirnya Engkau makbulkan...semoga Engkau permudahkan segala urusanku dibawah rahmat dan keredhaanMu..amin.

sangat mudah untuk mencipta angan-angan namun untuk menggapainya punyalah terlalu susahkan....hrrmm..(apa hrmmm, hrmmm..??jangan mengeluh, Allah xsuka..) senyumlah andai apa yang kamu impikan belum tercapai..mungkin Allah akan memberikan sesuatu yang lebih baik dari apa yang kamu mahu...subhanallah sungguh baiknya Dia kan..sentiasalah berdoa padaNya..jangan tinggalkan Dia..sesungguhnya Allah sentiasa adew dan selalu merindui rintihan hamba-hambaNya yang datang mengadu padaNya..tertarik dengan bait-bait ayat penulis Hilal Asyraf(betul xejaan nie..main hemtam je..he) ''bila Allah tidak memberikan kita apa yang kita impikan, Allah SWT sebenarnya sedang memberikan kepada kita apa yang sepatutnya kita dapatkan..'' ..terkedu dengan ayat nie..membuatkan mukaku tertunduk malu..Allah, betapa nikmat yang daa kita dapat selama nie selalu disia-siakan...tapi kita xpernah mengalah..selepas mintak satu..mintak lagi...dan lagi... tapi Allah terlalu baik untuk kita...sekalipom kita melakukan kesilapan yang besar padaNya, Dia selalu memberi apa yang kita inginkan malahan lebih baik dari apa yang kita pinta...

sahabat-sahabat kesayanganku, cuba kita sama-sama renungi sedalam-dalamnya diri kita..betapa nikmat yang kita perolehi selama ini dimana kita letak..dimana kita simpan...''kamu guna sebaiknya tanpa membinasakannya???'' tipu!!!!dusta semata!! betapa nikmat yang kita miliki ini tak pernah disyukuri..malahan terus dilapah nikmat ini dan dikoyak rabakkan atas kejahilan kita sendiri...renungilah dengan mata hatimu..berapa kalikah didalam doamu, kamu mengucap syukur padaNya??berterima kasih padaNya?? Allah....sungguh jahilnya diri ini..betapa terlalu banyaknya yang aku pinta dariMu sehari-hari..dipohonkan agar Engkau kabulkan permintaanku.. tapi aku langsung tidak pernah mengucap syukur padaMu atas nikmat yang melimpah ruah Kau kurniakan padaku apatah lagi menggunakan nikmat kurniaanmu sebaiknya...


subhanallah..betapa banyaknya kesilapan-kesilapan yang ku ''agung-agung''kan dizaman silamku..seakan tidak ingin untuk aku menoleh lagi..ampuni khilafku ya Allah..kesempatan yang kuperolehi ini tidak akan aku sia-siakan lagi...izinkan aku mengulangi janji-janji baru atas kesilapanku yang lalu..Ingin sekali aku merasa indahnya hidup berlandaskan syariatmu..mengamalkan segala perintahmu dan membiasakan diri dengan amalan-amalan sunnah RasulMu...Ya Allah..betapa hati ini tidak kuat menongkah mehnahMu..pimpinlah hambaMu ini ya Rabb...tenangkan lah hatiku disana.....

duhai diriku, janganlah bersedih lagi...untuk apa kamu menangisi sesuatu yang telah berlaku dan tidak akan berpatah balik kembali sedangkan kamu lupa mempersiapkan diri agar tidak bersedih dan menangis di akhirat nanti...terimalah kesedihan sebagai sebuah belaian Ilahi untuk kamu kembali padaNya sepenuh hati..kamu selalu ingin agar tertunai apa yang kamu mahukan, sedangkan Allah memberikan apa yang kita perlukan....diriku, cukuplah dengan kesedihan semalam..sapulah air matamu, lapangkanlah dadamu sayang, ikhlaskanlah hatimu...katakanlah ''selamat tinggal masa silam yang suram!!!!'' mujahadah nie bukan benda yang mudah...xadew mujahadah yang sedap macam air oren yang sejuk sekalipom kadang-kadang sedikit masam..itulah kehidupan..tapi kalau tak pedih dan tak sakit tue bukan mujahadah namanya...kuatlah diriku... penuhi dirimu dengan makanan-makanan rohani...yang mampu membentuk jati dirimu nanti..

bukan mudah menjadi hamba yang sentiasa taat..tak terlalai dan tak terjebak dengan maksiat..iman yang adakalanya naik dan adakalanya turun nie selalu menjadikan manusia rebah dan tergelincir sekalipom selalu memasang azam untuk terus kuat dan kuat..lumrah kelemahan ini tak sewajarnya untuk kita berasa jemu apatah lagi berputus asa..sepatutnya lumrah nie menjadikan kita terus kuat....sayangku, jangan terlalu berdukacita denga kesilapan lalu...tak adew kesenangan yang tak diiringi kesukaran..Allah telah bagimu peluang...gunakanlah sebaik mungkin apa yang sudah adew didepanmu....jangan bersedih hati...Allah bagi kita terang untuk kita bersyukur..Allah bagi kita gelap untuk bersabar..maka bersabarlah!! 

diriku..kembalilah padaNya dalam segenap keadaan dan bertawakallah padaNya..ketahuilah kasih sayang Allah sentiasa bersama kita....

''sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: ''Tuhan kami ialah Allah'' kemudian dia meneguhkan pendirian mereka..maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih: dan gembiralah mereka dengan Jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu''
Al-fusillat:30

 subhanallah....
Allah memilihmu..

notakaki::
~merenungi kisah hidup untuk perbaiki diri kearah yang lebih baik...:'(.. 
~hrmm..esok (11052012) nk berangkat ke pondok daa...doakn semoga dipermudahkn urusanku....
~sedikit pekongsian utk hatiku jua hatimu....xmo sedih2...jom renungi.......
  
Kenapa hati muslim kena KUAT?
Kerana muslim ada ALLAH.
Kerana muslim percaya pada ALLAH.
Kerana muslim hanya bergantung harap pada ALLAH.
Dan kerana muslim sentiasa YAKIN pada ALLAH...
Dan, bila hati ada ALLAH,
Yakin, percaya dan bergantung kepada DIA,
PEMILIK dan PENENTU
segala-galanya,
Bagaimana mungkin
hati muslim begitu rapuh dan lemah...
senyum...^___________^

Nabi SAW bersabda : “Cintailah ALLAH kerana DIA telah memberimu makan dan kenikmatanNYA Dan cintailah aku dengan cinta ALLAH Swt kepadaku”

Wednesday, 9 May 2012

.::wanita kita perlu tau...::.




ALLAH m'jadikan manusia ini berpasangan .malam pasangannya siang,rajin pasangannya malas dan lelaki pasangannya perempuan....kerana perempuan adalah pasangan kepada sang lelaki,maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki...bila berkata tentang terpikat, maka ada hubungkait dgn nafsu...jadi utk mengawal nafsu, mesti dikawal dgn iman...untuk mendapatkan iman mestilah menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNyA.

ketahuilah saudari muslimah kesayanganku...pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol (simbol apa?? rasenya semua org tau kot..hehe)...org lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dgn iman...maka mata lelaki ini akan sentiasa menjalar apabila melihat wanita...setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan pelbagai tafsiran2 nakal..Allah..

Apabila seorang lelaki terlihat perempuan, perkara pertama yg dilihatnya ialah rambutnya..maka akan timbul pelbgai tafsiran tentang rambut perempuan berkenaan...oleh kerana itulah wanita WAJIB menutup rambutnya...

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akn turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka WAJIBlah bg wanita itu menutup lehernya...dan seterusnya, mata lelaki itu akan turun lagi melihat dadanya..jadi BERKEWAJIPANlah kita sebagai wanita menutup dada kita ngan melabuhkan tudung kita... setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak nampak bentuk pinggangnya...jadi, mata lelaki akan kembali nakal iaitu akan melihat bentuk punggungnya, maka WAJIBlah wanita itu mebesarkan pakaiannya, dan lelaki itu akan melihat bentuk pehanya, maka janganlah wanita itu memakai kain yang ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walaupun sedikit....lelaki itu sifatnya sukar mengalah(jgn marah yea lelaki, sebahagian saja..^^)  maka dilihat lagi oleh lelaki itu akn bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus terang pihak lelaki bercakap,walaupom muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, tapi wnita itu memakai seluar, walaupom nampak besar sedikit, nafsu lelaki akan terusik secara spontan..(masyallah takutnya!!) 

Mata lelaki ni nakal, setelah tidak nampak akan bentuk pehanya, maka akan dilihat pula akan kakinya. maka WAJIBlaa wanita itu menolong lelaki itu supaya tidak berdosa dengan memakai stokin yg warnanya jangan sesekali sama warna dengan warna kulit wanita...mata lelaki akan kembali ke atas dan melihat pula bntuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutup bentuk tangannya yang indah dari pandngn lelaki...duhai kaum adam, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana itu akan menimbulkan fitnah...kecuali jika kamu wahai kaum adam ingin meminangnya...jika wanita itu cukup solehah, takut mukanya akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik utk kamu...

^______________^

Tetapi mata lelaki ni ada satu lg jenis penyakit, iaitu mata lelaki akan tertangkap dengan sepontan jika terlihat warna yang menyerlah atau terang...oleh itu duhai muslimah kesayangan sekalian, tolonglah jangan memakai warna yang terang-terang...kalau nak pakai pom, pakailah untuk suamimu saja...(yup, ini yang terbaeekkk!!) ^_^

Wahai muslimah, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah kita menjaga kehormatan masing-masing, jangan keluar seorang diri(peringatan utk diriku jua..)...mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat...

Dunia sekarang banyak cacat celanya sehinggakan wanita yg memakai tudung masih tidak menutup auratnya secara sempurna...sedikit pesanan untuk sang adam, matamu itu WAJIB tidak mencuri-curi melihat kepada muslimah krn  ghadul basar (tundukkan pandangan) tue satu perintah dari ALLAH...adakah kalian terlupa atau buat-buat lupa?? wallahu'lam.. 


...wanita itu sendiri adalah rahsia....

notakaki::
~terbaca artikel pasal wanita pd pandangan adam tadi...sedikit pekongsian utk teman-teman ana...subhanallah masih banyak nde yang ana tak tau...terasa terlalu banyak kesilapan yg dibuat dalam proses penjagaan diri sendiri..Allah..
~semoga pekongsian nie membawa manfaat untuk teman-teman ana jua peringatan buat ana sendiri.....:').. 
~ambillah segalanya yg bermanfaat dariku sebelum Allah mengambil nyawaku..................SHARING IS LOVING!!


Nabi SAW bersabda : “Cintailah ALLAH kerana DIA telah memberimu makan dan kenikmatanNYA Dan cintailah aku dengan cinta ALLAH Swt kepadaku”

Friday, 4 May 2012

.::kamu, mengapa begini??::.




kamu, mengapa begitu...??
terngiang-ngiang ditelingaku siulan manja si anak muda yg berlagak macho bersama sebatang rokok Marlboro dikaki lima..aduh, gayamu seakan-akan kambing tua yang mempunyai nafsu serigala..meliau anak matamu seolah-olah ingin menerkam mangsa...''feewit, cunnye...nak kenal boleh??''persoalan yang tak pernah jemu diaju apabila jasad dilintasi si gadis yang putih melepak pipinya dengan tampalan bedak sejuk dari giant..lenggokan pinggulmu bak kuda kempang dan rambut ikal bak tali lembu itu mengegarkan iman sang anak adam..fuhh cantek..!! si gadis dengan muka yang perasaan cun dengan sapaan itu begitu mudah terperangkap dengan rayuan romantis penuh pendustaan si jejaka.... aduhai...

termenungku seketika...dunia seolah berubah sekelip mata.. dulu..bila disebut lelaki, wanitanya dihargai...lelaki menjaga melindungi..kini bila disebut lelaki, wanita seakan ingin cabut lari...lelaki pengkhianat, perogol bersiri...dulu bila si gadis dibawah jagaanmu..kau lelaki, memagari sehabis daya..tiada yang berani menggoda..bahkan tok bilal seolah tiada mata..tapi kini bila wanita dibawah jagaanmu..kau tak kisah auratnya terbuka..kau biarkan dia bebas binasa dengan mainan dunia semata-mata..sehinggakan tok imam akhirnya terpedaya..serban dan kopiah dibuang merata..mengapa begitu??

dimana jati dirimu dulu....sang pemuda yang kuat membela agama??sanggup berkorban buat addin tercinta...dimana kamu??aku mengintai celahan tirai musolla...aduhai..hanya tinggal si tua yang kian habis tenaga bersujud mengadapNya..dimana kamu si anak muda??masihkah bersorak riang memadu asmara disaat azan berkumandang??masihkah dipusat hiburan yang penuh dengan penzinaan??dimanakah kamu disaat Kekasihmu ingin mendengar keluhan dan pengharapanmu terhadapNya saatnya malam mula merubah warna??masihkah dimuka buku bersama sahabat-sahabat yang tidak kau kenali peribadinya?? 

sungguh!! aku rindukan dia yang sanggup menjadi pembela...aku impikan dia yang sanggup bermandi darah kerana agama..aku inginkan pemimpin acuan al-quran..bukan yang tak tahu-menahu perihal ummah sekelilingnya..apatah lagi menidakkan syariat PenciptaNya..kau hanya pandai menabur janji dan berkata-kata tapi tak pernah menilai dari sudut agama..anak isteri terlebih mengada..kebatilan dipuja..kebenaran didepan mata kau buang ditepi jendela.. kamu, bukalah mata hatimu...tiada yang lebih indah dari mendapat keredhaan si Dia.. dunia yang kau cari tak kemana....akhirat yang kau tinggal itu begitu berharga...

bangkitlah pemuda.....aku kuat kerana kuatnya kamu......
keleklah kembali kitab suci yang kau biarkan tersadai diatas almari usang itu..bukalah dan bacalah...tadabbur lah bait-bait kalimahnya..tangisilah kealpaan kita..Dia tetap ada untuk hambaNya..

gapailah dengan lembut jemari isterimu...peluklah erat-erat anak gadismu... genggamlah kemas-kemas 'ulama-ulama'mu..bawalah dia bersamamu...jangan tinggalkn mereka kontang-kanting tanpa arah..bergeraklah maju bersama mereka.. semakin kukuh tali persaudaraan kalian..makin berkembanglah syariat islam...kuranglah anak muda yang berfoya-foya...hilanglah gadis-gadis yang berpeleseran..binalah kekuatan ini bersama agar kehidupan yang terbina ini bukan sekadar kerana nama..tapi kerna syariatnya...buktikan kita islam bukan hanya pada nama.. 

"ya Allah, aku berlindung padaMu drpd seksa neraka jahannam..aku berlindung padaMu drpd seksa kubur...aku berlindung padamu drpd fitnah dajjal yg pembohong... aku berlindung padaMu drpd fitnah hidup dan fitnah mati..aku berlindung padaMu daripada bnyaknya dosa dan hutang..aku brlindung padaMu drps kejelekan fitnah kaya dan kejelekan fitnah fakir..aku berlindung padaMu drpd kejelekan pendengaran, penglihatan, lisan dan hatiku..aku berlindung padaMu drpd dikembalikan kpd umur yg terlalu tua..dan aku berlindung padaMu daripada mati dalam keadaan ingkar pada agamaMu.." amin ya Rabb...



at 1723pm...march26..
(nukilanmerapusianakdara^__^)

Nabi SAW bersabda : “Cintailah ALLAH kerana DIA telah memberimu makan dan kenikmatanNYA Dan cintailah aku dengan cinta ALLAH Swt kepadaku”

.::tazkirah buat jiwa di hari barokah::.




duhai diriku sayang..lihatlah dengan mata hatimu, betapa ramai manusia yang mengajak manusia lain kembali kepada Allah namun dia sendiri 'lari' dariNYA.. adakah dirimu jua begitu??nauzubillah.. jiwaku..berjalanlah dengan penuh harapan walaupun hidup tidak selalu bahagia..sedekahkanlah satu senyuman walaupun dihatimu tidak lagi mampu bertahan..berlajarlah memaafkan walaupun hatimu terluka..berhentilah memberi alasan walaupun ingin menyatakan kebenaran.. hiduplah dalam iman walaupun hari dipenuhi dugaan..dan berpeganglah kepada Allah walaupun DIA tidak kelihatan..bukti kasihNYA kita wujud di dunia pinjaman ini..ada sebab bila berlaku sesuatu perkara..yakinlah Allah menguji setiap hambaNYA yang mengaku beriman kepadaNYA..


diriku, jangan terlalu berkhayal untuk jadi terbaik kerana hidup tak semudah itu..anggaplaa kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki..moga lelahmu dihargai Ilahi walaupun dicemuh insani..ingatlah bait-bait firmannya "sesungguhnya Allah akn mmberikan pahala kepada orang2 yang sabar tanpa dihitung."(Az-zumar;10).. maka bersabarlah sayangku, jangan terlalu tunduk pada dunia..kerana hidup nie taklah seindah kata-kata..hanya semangat dari kata-kata tu yang mampu membangkitkan kembali jiwa yang lara..diriku, tak salah untuk berkhayal namun buktikanlah dengan perbuatan..untuk menjadi yang terbaik tue impian, namun impian takkan tertunai andai dirimu sendiri tidak cuba melangkah kearah itu..bangkitlah!!bina kekuatan...

belajar untuk senyum disaat hati sedang menangis...^__^.. tengok kambing, senyum pada kambing.. tengok awan, senyum pada awan....^^hakikatnya tak susah untuk berlagak kuat dihadapan makhluk2-Nya..tapi susah sekali untuk berlagak kuat di hadapan Dia yang mengetahui setiap inci kelemahan diri..subhanallah..kita nampak hebat dimata manusia bukan kerana pangkat, rupa dan segala-galanya yang kita adew tapi kerana ALLAH masih sudi menutup aib-aib kita..jika Allah menyingkap aib kita nescaya seluruh manusia berasa jijik untuk memandang..Allah..Allah.. sedarlah diriku...

diriku..senyumlah..Allah datangkan ujian sebab Dia daa ada cara tersendiri untuk pujuk hatimu...jangan terasa diri keseorangan..sesulit mana jalan yang ditempuhi, ingatlah kebersamaan Allah bersamamu..disetiap hela nafasmu..tak pernah sesaat meninggalkanMu..berjuanglah da'ei..jangan merajuk.!!!

selangkah kau menghampiri, seribu langkah pula Dia mendekati..biarpun dosa-dosamu menggunung tinggi..tak pernah jemu menanti taubat yang hakiki...subhanallah..

buat jiwa yang makin malap....hayatilah..
pada akhir zaman, orang-orang yang memegang tali perjuangan itu bagai mengenggam bara api...andai terus digenggam hancur luluh jiwanya...namun andai dilepaskan hancurlah dunia..jangan takut untuk berjuang kerana orang yang berjuang memang dirintangi ujian...sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar...kita hidup untuk perjuangan dan mati untuk kehidupan...syurga menjadi impian!!!



notakaki:: n_n

: tarbiyyah buat jiwa yang makin malap.....
: lama xtulis blog....juz merapu kt fb je bnyak.. ^_^.. yg nie juz copy apa yg ana tulis kt wall fb 'syahirah ghazali'.....bahasa hati..biarlah xsemua mampu mendengari..semoga masih ada yang mengerti..

with deepest love, 
imtisal nur alya

Nabi SAW bersabda : “Cintailah ALLAH kerana DIA telah memberimu makan dan kenikmatanNYA Dan cintailah aku dengan cinta ALLAH Swt kepadaku”

.::bicara hati yang kian rapuh::.


Bila hati berbicara sendiri...
bila diri tak terpujuk lagi...
bila airmata hanya mampu mengalir...
bila pena hanya mampu melakarkan suara yang berlagu sendu..

Hanya padaMu tempat aku meluahkan rasa hati ini...
Ku tatap, ku baca bait-bait cinta yang tak pernah dusta...
ternyata air mata membasahi pipi..kerana aku benar-benar hamba yang tak punya apa-apa...
hanya mampu berteduh direndang kasihMu..
mengharap belas dan ihsanMu dalam segenap keadaan dan situasi..
aku lemah Ya Allah...
aku hina Ya Allah...
namun aku mengharap agar rahmat kasih sayangMu mengatasi segalanya...

Cukupkanlah aku dengan apa yang Kau kurniakan kepadaku..
jadikan kecintaan kepadaMu lebih aku cintai dari apa-apa yang ada di dunia ini..
jadikan kembali kepadaMu cukup aku nantikan dengan persiapan rapi..agar ianya menjadi satu pertemuan yang Kau nantikan...

Jangan Kau hina aku dengan kelemahan ini ya Allah..
tapi bantulah aku untuk menjadi hambaMu yang sentiasa mengingati Engkau dalam segenap ruang kehidupan ini..
bantulah aku ya Allah..untuk meraih cintaMu..cinta abadi buat insan dalam mencari damai yang hilang...

notahati:: saat bersendiri baru tau betapa hatiku ini jauh dari Ilahi...Allah..(semoga Allah ampuni khilafku..)

Nabi SAW bersabda : “Cintailah ALLAH kerana DIA telah memberimu makan dan kenikmatanNYA Dan cintailah aku dengan cinta ALLAH Swt kepadaku”