kadang-kadang,
bila ujian tidak menjengah,
aku lupa untuk memohon.
kadang-kadang,
bila kehidupan tidak diuji,
aku lupa untuk meminta.
lantaran itu,
hati ini terasa kosong.
bukan kerana ujian yang terasa berat,
tapi jarak dan hubungan aku denganNYA yang tanpa sedar semakin jauh.
dalam senang,
aku terlupa,
untuk terus meminta,
semoga Allah lancarkan urusan hambaNya,
semoga Allah bantu aku lalui hari2 seterusnya.
aku lupa diri..
terasa diri mampu menjalani hari,
tanpa perlu memohon padaNYA..
subhanallah...
mungkin kerana itu,
hati terasa kosong,
walau hidup terasa senang,
kerana sejujurnya,
aku sudah jauh dariNYA...
Ya Rahman...aku khilaf,
ampuni aku....
Ya Rahman...aku khilaf,
ampuni aku....
Kerana aku di sapa ujian. Aku belajar mengenal kehidupan.Bahawasanya hidup nie bukan sahaja berteman suka dan bahagia tapi dicorak hampa dan air mata...maka, aku mengenal erti sabar dan belajar tersenyum walaupun perit terus menerus menagih hiba..
Ketika kehendakku tak tercapai dan tak dapat genggam..aku belajar menjadi insan matang..mensyukuri segala yang ditakdirkan.bukan merungut mencipta sesalan..kerana ku tahu bahawa segalanya tidak semudah apa yang ada dibayangan..dunia hanya persinggahan yang sering menagihkan pengorbanan..
Ku sedari aku bukanlah sempurna..aku belajar menjadi diri aku apa adanya..tidakku cemburu menatap kelebihannya dia..kerana ku yakini bahawa Allah itu menjadikan kita tidak sama..dan kita sememangnya memiliki kelebihan dan kekurangan yang tidak serupa....
semua yang terjadi sememangnya menebuk lubang terdalam dihatiku..namun kerana itu aku belajar sesuatu...bahawa setiap yang datang akan berlalu..tiada apa yang kekal di dunia ini kecuali Allah yang satu..Lalu cuba ku isikan pecahan-pecahan yang telah terjadi di hatiku...dengan sebuah tarbiyah darinya..DIA mengukuhkan kembali hatiku yang layu... terima kasih Tuhan...sapaanMu membuatku tertunduk malu..
~~tertunduk malu denganNYA~~
.............imtisal nur alya...............
1 comments:
dugaan yg menimpa sbb allah sygkan kte :)
rindu akan rintihan kte ..
masyaallah ........
Post a Comment