CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, 30 November 2011

.::cinta kita_sahabat::.

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Salam terindah penuh kesyukuran kepada Yang Maha Penyayang..
masih lagi meminjamkan nikmat yang sementara ini buat diriku yang penuh dengan noda.....
meminjamkan mata ini..membolehkan aku menatap dengan pandangan pesona pada segala ciptaanMu..
meminjamkan pendengaran ini,,membolehkan lagi aku mendengar seruanMu..
meminjamkan kaki yang kuat ini..membolehkan lagi aku menghadirkan jasad serta rohku di istanaMu yang terindah..
meminjamkan mulut ini..membolehkan lagi aku mengucapkan sedikit kata-kata yang berhikmah..
selawat serta salam buat kekasihMu, Muhammad S.A.W
meminjamkan tangan ini..membolehkan lagi aku mengukir secebis ayat diruangan sempit ini..
meminjamkan aku nyawa serta jasad ini..membolehkan aku bisa bernafas...
terima kasih Tuhan...
sungguh terlalu hina diri ini... 
ampuni segala khilafku...

ku menapak dengan wajah kelam dipagi hari sekelam langit tanpa bintang.. entah kenapa hatiku sedikit tersentap... terkejut... Arrgh...tembok mataku kian musnah lagi....subhanallah... terima kasih Allah..menghantarkan aku teman yang bisa mengingatkan aku padaMu..teringat memori semalam......

kakiku melangkah laju ke masjid diwaktu azan mula bersuara dikawasan kolej kediamanku..bersama disisiku seorang teman yang seringkali menemaniku ke istanaNya dikala tibanya waktu untuk kami menghadap yang Maha Esa...alhamdulillah hati kami masih kuat untuk melangkah di tempat mulia itu disaat insan lain masih lagi bersorak riang dikala malam mula merubah warna...terima kasih Tuhan atas hidayah ini...
dipertengahan perjalananku....tiba-tiba aku dikejutkan dengan huluran bungkusan indah dari temanku.. terpana seketika..hari ini bukan hari lahirku...bukan jua hari dimana aku mendapat kemenangan dalam pertandingan pape....apa maksud semua nie?? aku xfaham....lalu temanku menyuruh aku membuka bungkusan tersebut....subhanallah...menitis air mataku dengan pemberian yang tidak pernah ku jangkakan ini..sekali pom tidak semahal permata yang yang menjadi pujaan muslimat diluar sana..tetapi ia begitu mahal buat insan yang dhoif sepertiku disisinya...begitu bererti buat jasad ini...seurat tasbih indah!!! Allah....seolah-olah dia mengingatkan aku untuk tidak pernah putus mengingatiMu..sungguh aku khilaf...
terima kasih..disaat diri ini kian terhuyun hayan dengan nikmat dunia yang sementara, kau hadirkan teman yang bisa meruntuhkan tembok keegoan aku terhadap segala nikmat dan perberianMu selama ini...

    sahabat fillahku......syukron...

"maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan??"
(ar-rahman)
menitis sekali lagi air mataku tatkala meniti bait-bait ayat didalam diari CintaNya....
menjadi kebiasaan buatku menghadap surah ini usainya solat maghrib...namun tak pernah terfikir akan apa yang terkandung didalamnya..selama ini aku hanya menatap dan menghayati makna nya sahaja..
dan hari ini..aku mula merasakan sesuatu yang bermakna yang aku temui dalam hidupku...
betapa diri ini terlalu fakir disisiNya....betapa banyaknya nikmat Tuhan yang telah aku dustakan..subhanallah.... masihkah ada lagi peluang untukku menilik diri yang penuh dengan noda ini..??masihkah ada lagi peluang untukku menunduk syukur serta memohon ampun diatas keterlanjuranku???Allah...Allah...Allah...terima kasih Tuhan.... 
peluang ini masih ada buatku...betapa malunya diri ini...selalu mengulangi kesilapan yang sama dikala dunia kian berganjak hebat.....subhanallah..
 teringat kata-kata dari abohku,
 "jangan mengeluh disaat orang datang memberi peringatan dan teguran kepada kita...kerana itu menunjukkan Allah masih sayangkan kita..dihantarkan kita seorang teman supaya kita tak lupa kepada Pencipta Kita." 

usai mengisi perut dikafe yang berhadapan dengan masjid...aku menapak laju menuju kebilik.. ku bukakan sekali lagi bungkusan itu....cuba ku selongkar bungkusan itu dan ku temui sepucuk surat didalamnya...




sahabat..
sesungguhnya aku belum layak untuk itu.....untuk kau sanjungi diriku.. aku hanyalah insan lemah dimata Tuhanku... masih belajar erti hidup sepertimu...fahamilah... tiada yang mampu aku berikan kepadamu.. sekadar melontarkan kata-kata dariNya untuk kita saling mengingatiNya...terima kasih diatas pemberian yang tak ternilai dariMu..sungguh aku hargai kehadiranmu....sahabat fillah ku..terima kasih sekali lagi...ingin kuulangi sekali lagi bait-bait kata darimu...


jika diandaikan persahabatan kita dilanda ribut,
jangan disalahkan pada angin..
tapi lindungilah ia dengan dinding kepercayaan..
andai nanti persahabatan kita layu,
jangan pula disalahkan pada matahari..
tetapi siramlah ia dengan air mata kegembiraan kenangan silam..
andai juga nanti persahabatan kita terkubur,
jangan salahkan pada takdir kerana setiap pertemuan
ada perpisahan..
dan jangan juga menyalahkan pertemuan,
kerana tanpanya kita tak akan saling mengenali...

terima kasih.....
Ya Allah..rahmatilah sahabatku ini..iringilah setiap langkah perjalanannya dengan keredhaan serta kasih sayangMu...bangkitlah jiwanya disaat hatinya mula terjatuh longlai dengan dunia...berikan kejayaan didunia serta akhir buatnya...jagalah ukhwah kami ini...pimpinlah jiwa-jiwa kami agar tidak maut jiwa kami sebelum ajalnya jasad kami.....berkahilah ukhwah ini Ya Allah..amin...



 

Nabi SAW bersabda : “Cintailah ALLAH kerana DIA telah memberimu makan dan kenikmatanNYA Dan cintailah aku dengan cinta ALLAH Swt kepadaku”

Monday, 28 November 2011

.::jom berdakwah =) ::.


assalamualaikum..... ^__^
sedikit coretan untuk sama-sama kita renungi ........


Saya, kamu, dia, mereka
Pernah berdakwah?
Tidak kerana saya perempuan yang lemah.
Tidak kerana kamu bukan alim ulama.
Tidak kerana dia hanyalah pelajar di dalam bidang yang tiada kaitan dengan agama.
Tidak kerana mereka sendiri tidak sempurna maka tidak layak berdakwah.

Saya, kamu, dia, mereka
Apa bezanya?
Saya seorang muslimah.
Kamu seorang muslim.
Dia mengaku dirinya Islam.
Mereka semua beragama Islam.
Masih tidak mahu menerima tanggungjawab
untuk berdakwah?

 Saya, kamu, dia, mereka
Kita semua sangat memilih
Suka memilih
Si kuffar mengatakan kita kejam
Kerana menyembelih binatang untuk dimakan
"Itu adalah perintah Allah, rezeki halal untuk kami. Termaktub di dalam Quran"
Jawab kamu.

Kita mengatakan hukum hudud itu kejam
Kerana terlalu menyeksa dan tidak relevan
"Bukankah itu adalah perintah Allah? Termaktub di dalam Quran?"
Jawapannya sama.
Tetapi kita memilih.

 Si kuffar bertanya mengapa kamu solat
"Itu adalah tanggungjawab kami sebagai muslim. Termaktub di dalam Quran"
Jawab kamu.
Kita meletakkan tanggunggjawab berdakwah
hanya kepada ustaz dan ustazah
"Bukankah itu adalah tanggungjawab kamu sebagai muslim? Termaktub di dalam Quran?"
Jawapannya sama.
Tetapi kita memilih.

Saya, kamu, dia, mereka
Siapa kita untuk memilih?
Kita kah yang mencipta alam ini?
Layakkah kita memilih peraturan Tuhan?

Saya, kamu, dia, mereka
Setiap kamu adalah pendakwah
Alangkah baiknya jika ditanya setiap muslim
Apakah kerjaya kamu?
"Saya seorang pendakwah. Menjadi doktor adalah kerjaya sampingan."
"Saya seorang pendakwah. Menjadi jurutera adalah kerjaya sampingan."
"Saya seorang pendakwah. Menjadi pakar IT adalah kerjaya sampingan."
"Saya seorang pendakwah. Menjadi guru matematik adalah kerjaya sampingan."
"Saya seorang pendakwah. Menjadi akauntan adalah kerjaya sampingan."
"Saya seorang pendakwah. Menjadi usahawan adalah kerjaya sampingan."
Subhanallah.
Bilakah ianya akan terjadi?
Ia tidak akan terjadi sekiranya
Saya, kamu, dia dan mereka
Masih tidak mahu menerima tanggungjawab sebagai hamba Allah.




Madah ini mungkin
dihiasi metafora
ada yang tersirat
ada juga yang tersurat
Tetapi bagi mereka
yang benar-benar berfikir
Mesej nya pasti jelas.

Bagi yang masih kabur
Alasannya mudah
kerana kamu sedang memilih
Bukankah kita memang suka memilih?



Wahai orang yang berselimut!
Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
(Al-Muddathir)

Nabi SAW bersabda : “Cintailah ALLAH kerana DIA telah memberimu makan dan kenikmatanNYA Dan cintailah aku dengan cinta ALLAH Swt kepadaku”

.::Sungguh aku Rindu::.





ASSALAMUALAIKUM...
sahabatku....disaat ku layarkan sebuah  pringatan buat ana dan kalian...tembok air mata ini seolah-olah kian gugur..sungguh dalam sendirianku tanpa teman..ana merindui Sang Kekasih Terindah ana......sama-sama kita hayati dan ambillah pengajaran darinya..betapa mulianya akhlak dan sifat Nabi kita..sekalipom xmampu untuk bertemuNya disaat hidup kita didunia...berdoalah semoga kita mampu menatap dengan indah penuh nikmat wajah kekasih Allah ini diSyurga kelak......
kekasihku, rasulullah..aku rindu.... terlalu merinduimu....
Allah........

~masjid nabi~


1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga..

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah. Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu? Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia. Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 'Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas....

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini? Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.' 



subhanallah.....betapa mulianya dirimu.....
sungguh aku rindu...

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) Hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). [al-Ahzab 33:21]



ingin sekali aku menatap indah seraut wajah suci Sang Kekasihku...
Duhai Rasullullah.....sungguh aku rindu...


Nabi SAW bersabda : “Cintailah ALLAH kerana DIA telah memberimu makan dan kenikmatanNYA Dan cintailah aku dengan cinta ALLAH Swt kepadaku”

Saturday, 26 November 2011

.::Fitnah Disebalik Kemuliaan::.

ASSALAMUALAIKUM.... [:=)]


hari nie ana xada apa-apa entri yang menarik yang cuba ana kongsikan buat sahabat-sahabat..sekadar berkongsi apa yang pernah ana pelajari dan baca.. (SHARING is CARING kang..)hi.. so, hari nie ana cuba ciptakan sedikit ayat untuk terjemahkan dari pembacaan ana..ana tak pandai nak berkongsi.. aikk!!....tangkai jering ke??hehe..xdela...ana tak pandai nak mengatur ayat puitis untuk share with my sahabat fillah nie..tapi ana cuba yea...^_^...sebagai peringatan buat ana..jua sahabat-sahabat..jom kita buka mata luas-luas..tapi jangan buka mata je epp..hati kita pom kena buka juga yea..heh he..tentang kita (WANITA)..



wanita itu hadir atas nama cinta.. iye, cinta yang paling agung adalah datangnya dari DIA.. bagaimana Allah memurnikan kewujudan wanita bukan sekadar hiasan dunia..HAWA adalah wanita pertama yang diciptakan atas dasar cinta Allah kepada ADAM.. setelah melalui beberapa frasa hidop dan sejarah, tak dapat digambarkan betapa Allah sentiasa kagum dengan kehebatan cinta seorang wanita...^__^ suka kan??alhamdulillah....NAMUN, zaman berzaman yang dilalui turut kita saksikan betapa manusia itu meletakkan darjat seorang wanita ditahap yang paling bawah..anak pompuan dibunuh, golongan wanita pula dijadikan perkakas..wanita tidak lebih sebagai pelayan nafsu serakah kaum lelaki..kita(wanita) dilihat sbagai simbol seks dan langsung xdiberi hak keatas warisan dan sebagainya..subhanallah, begitu sekali rendahnya  martabat kita seorang wanita di zaman jahiliyah....
namun segalanya berubah apabila islam mula meresap kedalam kehidupan kaum-kaum terdahulu..mereka mula mengubah kehidupan dan menjadi lebih bertamadun..


sekiranya zaman jahiliyah betapa wanita itu tidak punyai maruah, anak dibolehkan kawen ngan ibunya sendiri.. namun cahaya yg dibawakan islam telah mengharamkan perkara itu berlaku dan telah meletakkan kita(wanita) dikedudukan yang tersendiri..firman Allah S.W.T;

"Diharamkan keatas kamu (mengahwini) ibu-ibumu, anak pompuanmu, saudara-saudara pompuanmu, saudara-saudara bapamu yang perempuan dan saudara-saudara ibumu yang perempuan"..
(an-nisa':4:23)

selain dari tue..islam mengangkat lagi darjat kita dengan meletakkan garis panduan kepada kita seperti cara berpakaian dan sebagainya agar kita terpelihara drpd terus dijadikan bahan eksploitasi..subhanallah..indah kan islam...


islam itu bukan "ini tak boleh itu xboleh"..tapi islam itu "ini boleh dengan sebab nie dan itu xboleh dengan sebab itu.."..semua yang Allah aturkan tue xlain xbukan hanya nak jaga kita.....Allah3x...
peringatan buat ana juga...~_~

namun nowaday..sebaliknya pula yang berlaku kan..ramai dari kalangan kita yang mendedahkan diri macam yang berlaku dizaman jahiliyah dulu.. mereka mula berasa bangga apabila banyak mata melirik penuh makna melihat susuk tubuh mahupom pakaian diorang seolah-olah 'berterlanjang' tue..mereka jugak mula berasa bangga apabila banyak mulut lelaki yang rancak bercerita tentang keindahan mereka yang ditonton percuma dimana sahaja...dimana rahsia tubuh kita saudariku sayang andai semuanya dipertontonkan?? dimana maruah suami kita kelak apabila orang yang dia sayangi..org yang dia miliki telah dijadikan bahan tayangan bak movie panas di pawangan oleh lelaki lain terlebih dahulu sebelum dirinya...??hrmm...renungkan lah...

benarlah sabda rasulullah S.A.W, "akan berlaku banyak fitnah diakhir zaman nanti yang kebanyakannya adalah dari wanita"... baginda juga pernah berkata bahawa antara golongan paling ramai memasuki neraka adalah wanita...subhanallah.... But....dont worry sayang, kita juga mudah untuk memasuki syurga.. tapi adew caranya...he..
namun hari nie, ramai golongan wanita kurang menyedari kemuliaan kedudukan mereka disisi agama.. larangan dan perintah bukanlah untuk menyusahkan kita, tetapi disitu letaknya murni seorang wanita.. bagaimanapom sedarkah kita bahawa fitnah turut hadir bersama-sama...

duhai wanita...
jangan dengan megah cuba ulangi zaman hidup jahiliyah..
hargailah.....
hargailah setiap inci ketinggian darjat yang diperjuangkan 
oleh islam sekian lama..
wahai wanita, saudariku sayang....
ini jua peringatan buat diriku yang hina...
janganlah menjadi peruntuh martabat diri kita sendiri
dan agunglah apa yang telah islam perintahkan..
andai kita mula kembali mengagungkan wanita zaman jahiliyah,
tiada harga kita disisi Allah S.W.T...

with deepest love..
~jagalah sebaik mungkin kemuliaan kita~

"sesungguhnya seorang wanita muslimah akan menemukan dalam hukum Islam perhatian yang sangat tinggi terhadap dirinya, agar dapat menjaga kesuciannya, menjadi wanita mulia dan memiliki kedudukan yang tinggi. Dan syarat-syarat yang diwajibkan pada pakaian dan perhiasannya tidak lain adalah untuk mencegah kerosakan yang timbul akibat tabarruj (berhias diri). Ini pun bukan untuk mengekang kebebasannya akan tetapi sebagai pelindung baginya agar tidak tergelincir pada lumpur kehinaan atau menjadi sorotan mata.."
subhanallah.....



Nabi SAW bersabda : “Cintailah ALLAH kerana DIA telah memberimu makan dan kenikmatanNYA Dan cintailah aku dengan cinta ALLAH Swt kepadaku”

Sunday, 20 November 2011

.::Tentang diriku:Mujahidah Pencari Cinta::.


بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


assalamualaikum.....^_^
hai......apa khabar sahabat ana??harap-harap sihat semua yea......jaga diri..jaga kesihatan...jaga pergaulan....jaga pakaian leklok...jaga aurat kemas-kemas.....heh he...banyaknya pesanan....macam pernah dengar je...hi..
hari nie ana xde nak post pape entri menarik..sekadar nak perkenalkan diri yang kerdil je....sekadar tanda perkenalan kita..salam bersambut ukhwah bertaut bak kata cikgu ana....hi





ini hanya contengan perasaan..contengan pengalaman
yang mungkin membuatkan kamu berasa bosan..
tiada plot..tiada seni..
bukan untuk mereka yang tak mengerti..

bismillahirrohmanirrohim......

terima kasih buat ma......aboh....yang ku sayangi,
yang membantuku belajar erti hidup dan makna diri,
yang erti keluarga itu bukan dimeterai darah, bin dan binti...
abang long,abang ngah, kak ngah, abang yen, abang der, abang chik, abg yop...
kakak-kakak serta abang iparku..
juga buat tanah seberang yang bertanda dalam diri...
serta buat ummi dan abinya yang baik hati....
dan teman-teman yang sentiasa disisi...

aku bukanlah siapa-siapa.....sekadar musafir dijalanan..cuba belajar hidup berdikari kadangnya hilang arah jugak sebab terlalu pesona dengan dunia....sekadar indah pada nama namun diriku hanyalah Si Jahil yang sentiasa membuat kerosakan yang berulang disesuatu masa...

ku meniti titian hariku dengan bermacam rasa....sedih, gembira, sunyi...ada senyuman dan ada rasa bosan tapi itulah kehidupan..tidak hanya aku yang merasa...kamu jua....kadang kala kita berkongsi rasa yang sama walaupom pengalaman yang dilalui adalah berbeza..cukuplah bila aku berkata "sesukar mana jalanan yang kita tempuhi....kita tetap dibumi milik Dia...sekalipom simtom-simtom kepasrahan mula menjelajah hati kita...pintu-pintu kebahagiaan tetap terbuka...." semoga kamu memahaminya....

aku tidak pandai berkata-kata....sekadar mampu meluahkan rasa..aku tak pernah terfikir untuk mencipta pena tapi aku cuba menterjemahkan ceritaku melalui dakwat pekatnya..kadangkala diri sendiri xmengerti apa yang diilusikan oleh hati...aku hanya pandai menconteng kisahku di kertas renyuk yang semakin bertambah susut nilainya...sekalipom orang sekeliling tak menyukainya tapi ia begitu bererti buat sang hina sepertiku...sampah dijalanan kadangnya orang hanya menatap dengan pandangan yang kosong...padahal ia cukup bermakna andai kamu cuba mengutipnya untuk diguna semula....

aku hanyalah si bongsu yang kian hanyut dengan duniaku sendiri..punyai impian tinggi tapi aku bagaikan tak mampu untuk mengecapi...arrgghhh...sukarnya untuk meluahkan isi hati...biarlah ia menjadi rahsia..meluahkan aku rasa tak patut..nanti ada hati yang terluka..ada hati yang gundah gulana....biarlah aku terluka..jangan orang aku sayangi menjadi durjana..
Tuhan....ampuni segala khilafku....tutupilah segala keaibanku...sungguh aku telah mengoyak rabakkan nikmat yang kau limpahkan buatku...subhanallah...

ismi syahirah.....dulu kehidupanku seolah-olah kian rebah diatas kealpaanku sendiri...terlalu mencari gembira sehingga aku sendiri terlena..terima kasih Tuhan, disaat hati mula robek kau bagi aku cahaya.....hari demi hari hatiku kian terseksa sekalipom jasadku tersenyum bahagia..kumulai rasa ketenangan bila hadirnya halaqah cinta...bersama sahabat-sahabat yang hebat pekertinya kumulai berasa kerdil didunia...kadang aku kecundang jua kerana keegoaan sendiri..namun Allah masih memberi aku peluang...diberinya aku memegang jawatan sebagai lajnah didalam pasukan dakwah dan setiausaha asrama...cukup tinggi amanah yang perlu dipikul sekalipom begitu remeh dimata kasarku.....mampukah aku??diri seolah-olah tidak layak untuk itu....aku mula terfikir....Allah berikan aku peluang tapi dimana syukurku??subhanallah.....

begitu jahilnya diri....pernah diri ini terfikir...aku tidak mampu untuk menjadi sesempurna orang lain..dulunya peraturan asrama banyak aku ingkari..peraturan yang ditetapkan Allah??subhanallah....dalam tak sedar mungkin banyak jugak kn...pernah dulunya aku menidakkan peraturan yang ditetapkan oleh kaptenku kerana menghukum pelajar yang lupa hafal al-mulk dihadapan asrama muslimin...he..bila diingat balik boleh tergelak rasanya..kerana diri ini juga kena tayang muka sebab ditugaskan mengawasi pelajar2 lain...lastnya aku  pergi berborak ngan pakcik guard dipondok buruk..heh he..ini pengalaman aku..sedikit sebanyak benda ni bagi pengajaran jugak buat diri...kena sound ngan muslimin sebab buat peraturan tak betol...bila terfikir balik aku mula sedar..ini amanah..kadang-kadang kena sedikit keras supaya menjadi pengajaran buat semua..jadi lebih berdisiplin..hrmm....banyak benda aku belajar untuk jadi diri aku sekarang....

beberapa bulan terakhir sebelum aku keluar dari sekolah...baru hati ini mula terdetik...apa bezanya diri ini dengan orang lain???tiada beza.....pakaian??sama....tudung??sama...aku mula terfikir untuk berubah....berubah tak beerti aku lupakan kisah silamku...tapi ia tetap bersemadi didalam jasadku sebagai peringatan buatku untuk terus teguh berjalan mencari Tuhanku...namun kekuatan itu seolah-olah lumpuh disaat aku sendirian..aku belajar untuk bertudung labuh...belajar untuk menjadi lebih baik...tapi ujian tu tetap datang...bukan semua familyku gembira dengan perubahan ini...bukan semua family aku support aku jadi begini...apalah sangat hanya ibu bapa sebagai pendokong andai orang lain hanya melihat tanpa reaksi yang tak aku fahami...sungguh aku tak kuat untuk berubah......pernah terdengar ditelinga seolah-olah ada pihak yang menyindir dari belakang...siapalah diri untuk menghalang..biarlah aku berdiam dari banyak berbicara..biarlah aku keseorangan asal aku tidak hilang rasa berTuhan...

dalam kesepian....Allah menghantar aku teman setia...tak pernah terfikir untuk ku berjabat salam perkenalan dengannya..hadirnya bagai angin menyampai berita gembira...seolah-olah disaat aku berputus asa dalam pencarianku menerjah sang mentari disebalik awan pekat, Dia menghantarkan pelangi indah buatku...insan inilah yang banyak memberi semangat buatku...pesanan demi pesanan, amaran demi amaran mula menerjah kebenak fikiranku...Alhamdulillah banyak aku pelajari darinya...terima kasih teman setiaku....dan kini aku semakin kuat untuk menjadi lebih baik..dari sehari ke sehari kucuba ubah diriku...cari dimana silapku....semoga aku temui sesuatu dinamakan ketenangan abadi dalam hidupku....terima kasih Tuhan...

Tuhan..ku panjatkan rasa syukurku padamu diatas segala nikmat yang kau berikan buatku....kadang-kadang aku terleka dengan duniaku sehingga kurobekkan kasih sayangMu..sungguh hina diri ini dipandanganMu... sungguh aku khilaf..ampuni ku Tuhan..
masihkah ada lagi nikmat ini untukku esok hari??merasai betapa kasihnya diriMu...merasai betapa hebatnya kekuasaanMu...merasa indahnya hidupku dengan bimbingan dan rahmat dariMu??subhanallah.........Ya Allah....aku belum bersedia sepenuhnya untuk itu......ampuni aku Tuhan.....ambillah nyawaku ini disaat aku betul-betul bersedia menemuiMu...ambillah jasadku ini disaat Kau redhai aku........

''tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya).. Dan hanya kepada Kamilah kamu kembali''
~Al-Anbiya':35~

yea..hari ini aku belajar sesuatu tentang dunia.....
hidup terleka dengan dunia mengheret diriku kejuram yang penuh kepahitan...aku belajar dari pengalaman..aku belajaran dari kepahitan...aku terokai kepedihan orang lain agar aku tidak merasai kepahitan yang sama....berjalan dibumi Tuhan perlu banyak kekuatan.....sekali kita rebah..untuk bangun kembali bukan sesuatu yang mudah...aku gusar dengan kehidupanku....andai rebah kembali...sempatkah lagi aku memohon taubat sebelum jasadku dipanggil pulang??subhanallah.......

kini....aku berjalan lagi..berjalan dalam mencari cintaNya.....semoga perjalanan ini diredhaiNya..... Ya Allah....kuatkan lah langkahku dalam meneroka agamaMu...kuatkan imanku...bimbinglah hatiku...teguhkanlah nuraniku.....pasakkanlah didalam diriku kekuatan, ketabahan, kesabaran yang tinggi dalam pencarianku..semoga langkahku tetap utuh!!.......

inilah diriku..........hanya manusia biasa..tak punyai apa-apa sekadar mempunyai sedikit rasa untukku luahkan di blog yang berhabuk ini...jangan kamu menilai siapa aku dimasa lalu...masa lalu hanya lah sejarah silam yang memberi pengajaran buatku untuk terus berdiri menjadikan aku hari ini...nilailah siapa aku dihadapanmu waktu ini...jangan sesekali menoleh luka lalu andai itu bisa mencalarkan hatiku saat ini....
sekian dariku...salam perkenalam..

my name is Siti Syahirah bt Ghazali....
n Imtisal Nur Alya is my favourite name.....dan ia salah satu dari kisah silamku.....
ini cerita aku...tiada madah indah...tiada yang boleh membuat kamu semua terpesona..kerna aku bukan siapa-siapa..sekadar hamba hina disisi Dia.....ditulis tanpa perancangan untuk tatapan masa depan...ada senyuman dan ada rasa bosan..itulah seni kehidupanku....semoga kamu memahami...
wassalam......^_^

with deepest love:



Nabi SAW bersabda : “Cintailah ALLAH kerana DIA telah memberimu makan dan kenikmatanNYA Dan cintailah aku dengan cinta ALLAH Swt kepadaku”

Thursday, 17 November 2011

.::cara solat jamak qasar musafir::.



بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t...

salam sayang ukhwah fillah sahabatku..^__^v
malam nie ana nak kongsi sikit pasal solat musafir......sebelom memulakan perjalanan panjang selalu je teman-teman datang bertanyakan tentang solat jamak & qasar ni..so malam nie ana nak kongsi skit...ana tak pandai terangkan sangat dalam blog nie tapi ana cuba yea....heh he..

okeh..solat musafir juga dikenali sebagai solat jamak(himpun) dan satu lagi solat qasar(pendekkan)..semua kemudahan nie adalah rukhsah islam yang memudahkan ummatnya untuk merancang sebarang aktiviti-aktiviti macam travel dan sebagainya...indah kan islam??cukup mudah....tapi atas kita pulak nak menilainya....semua sahabat-sahabat ana da besor dan semuanya pandai menilaikn??hi...
da tau caranya??disini ana nak tunjukkan cara lengkap untuk menunaikan solat musafir nie..ada sedikit panduan yang ana ambik dari  http://www.tayibah.com bagaimana nak solat jamak, solat qasar dan solat qasar&jamak..kalau dah belajar, xde laa lagi solat yang kita perlu qadha kn??hi...jom sama2 pelajari..dan bagi yang dah tau tu....salinglah kita mengingati.......yea x??he


Allah SWT telah memberi kelonggaran/keringanan kepada umat Islam dlm mengerjakan ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika bermusafir.  Kelonggaran ini dinamakan RUKHSAH SOLAT
Sabda Rasullah SAW ;
إن الله يحب أن تؤتى رخصـه كما يكره أن تؤنى معصـيته. رواه أحمد
“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci  dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.


Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu Solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam yamg mengambilkira  kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir.  
SYARAT-SYARAT PERJALANAN (MUSAFIR) YANG DIBENARKAN UTK SOLAT QASAR/JAMAK
1. Musafir adalah utk tujuan yang baik, bukan utk melakukan maksiat.
2. Destinasi yang dituju melalui tidak kurang 2 marhalah (lebih kurang 89-91 KM).
3. Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya, tidak tersesat).

 
HIKMAH DISYARIATKAN SOLAT QASAR/JAMAK
1. Meringan/memudahkan umat Islam utk menunaikan solat dalam perjalanan.
2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.
3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dlm apa kedaan sekalipun.
4. Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi  bagi menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan.

 
SOLAT QASAR
Bahasa ; Pendek dan ringkas.
Istilah   ; Memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.
Jadi, solat yang boleh diqasarkan ialah Solat Zuhur, Asar dan Isyak.
 
SYARAT-SYARAT  SOLAT QASAR
1. Hendaklah melepasi semapadan kawasan tempat tinggal.
2. Tidak berniat bermukim melebihi  4 hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya.
4. Masih dlm keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar.
 
Cara Solat Qasar
1. Dikerjakan hanya 2 rakaat.
2. Lafaz niat adalah spt beikut
;
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّّهْرِ/ العَصْر/ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor/Asar/Isya’ 2 rakaat Qasar kerana Allah Taala.
 
SOLAT  JAMAK
Bahasa : Himpun @ kumpul
Istilah   : Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu dgn syarat-syarat tertentu.
Solat  Jamak adalah terdiri daripada Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya’.
 
Solat  Jamak terbahagi  kepada ;
1. JAMAK TAQDIM  – Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor.

SYARAT-SYARAT JAMAK TAQDIM
 
1. Niat jamak dlm waktu pertama (Zohor/Maghrib).
2. Berturut-turut kedua-dua solat.
3. Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua.
 
Cara melakukan solat JAMAK TAQDIM
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu pertama dahulu  (Zohor/Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar/Isya’)
2. Selepas salam solat pertama,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAQDIM
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّّهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى الظُّّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

2. JAMAK TA’HIR - Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu kedua. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar.
 
SYARAT-SYARAT SOLAT JAMAK TA’HIR
1. Berniat melakukan solat Jamak Taqdim dalam waktu pertama (Zohor/Maghrib).
2. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai didirikan.

 
Cara melakukan solat JAMAK TA’HIR
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/Isya’) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama  (Zohor/Maghrib)
2. Selepas salam solat waktu kedua,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK 
TA’HIR  
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan solat Zohor kepadanya
 Jamak Ta'hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّّهْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan  kepada Asar
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya'  4  rakaat dihimpunkan solat  Maghrib kepadanya
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3  rakaat dihimpunkan  kepada Isya'
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

SOLAT QASAR DAN JAMAK
Selain drp melakukan solat secara Qasar @ Solat secara Jamak, kita juga diharuskan utk mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
 
Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak adalah sama spt mengerjakan solat Jamak Taqdim dan Solat Jamak Ta’hir, Cuma ditambah Qasar sahaja… iaitu Solat Zohor/Asar/Isya’ menjadi 2 rakaat sementara solat Maghrib kekal 3 rakaat.
 
Contoh Lafaz Niat Solat Qasar dan Jamak.
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat Qasar dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى الظُّّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’khir dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar 2  rakaat Qasar dihimpunkan solat Zohor kepadanya
 Jamak Ta'khir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّّهْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Asar
 Jamak Ta’khir kerana Allah Taala.

 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’khir dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya'  2 rakaat Qasar dihimpunkan solat Maghrib kepadanya
 Jamak Ta’khir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan  kepada Isya'
 Jamak Ta’khir kerana Allah Taala.

dah..selesai...semua da faham kan??sama-samalah kita sampaikan kepada sahabat-sahabat kita yang lain yea.....SHARING is CARING!!senyum!
setakat ini sahaja yang ana mampu kongsi buat sahabat-sahabat ana untuk kali ini.......semoga bermanfaat yea.....ana pom kadangnya ingat-ingat lupa gak bila daa lama tak buat...hi..buat ingatan bersama yea......tata..^_^
wassalam...


with deepest love:=D





Nabi SAW bersabda : “Cintailah ALLAH kerana DIA telah memberimu makan dan kenikmatanNYA Dan cintailah aku dengan cinta ALLAH Swt kepadaku”