Terdetik di hati ana. Berapa ramai antara kita yang benar-benar mengenal apa itu cinta..? Apa defenisi cinta?Ramai yang mendefinisikan cinta hanya antara manusia berlainan jantina. Justeru kerana itu cinta yang fitrah menjadi fitnah. Perhubungan dan pergaulan yang tidak tentu hala. Berdua-duan menjadi satu perkara biasa. Tidak ada lagi rahsia antara mereka. Bila nafsu merajai diri, syaitan pula tertawa sepuasnya."Ya! Sepasang lagi anak Adam aku tewaskan oleh asbab bahana cinta mereka.."..Lalu, begitu hinakah cinta? Sehingga anak yang dikandung terpaksa digelar anak haram..?Walau tidak ada sedikit pun dosa mereka sebenarnya.
Sahabat-sahabat kesayangan Allah,
Mungkin benar cinta mampu membutakan mata. Membutakan mata dari melihat syariat yang Allah tetapkan kepada setiap dari kita.Namun persoalannya, cintakah yang membutakan mata atau KITA sendiri yang MEMBUTAKAN MATA HATI?
“Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, TETAPI YANG BUTA IALAH HATI DI DALAM DADA .” (Surah al-Hajj, ayat 46)…
Yes.. Not the eyes that is blind but the heart…
Cinta Kasih Rasulullah s.a.w.
ana xtahu sejauh mana sahabat2 ana mengenal nama ini. Ramai yang mengetahui, mungkin juga ramai yang telah lupa di luar sana. Mungkin juga ada yang tidak mengenali. Na’uzubillah.
Ada sesuatu yang ana ingin ceritakan tentang insan hebat ini.
“Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu amat belas kasihan lagi Penyayang terhadap orang-orang mukmin”.
Masih ingatkah sahabat fillah ana…
Siapa yang baginda sebut-sebutkan di akhir nafas baginda?
Ummatku, ummatku, ummatku..
Rasulullah s.a.w. tidak pernah sekalipun melihat wajah-wajah kita? Namun cintanya begitu tinggi sehinggakan baginda mengingati kita di saat sakaratul mautnya.
Insan Sempurna itu juga pernah bersabda:
“Sesungguhnya aku merindui ikhwanku”
Sahabat-sahabat bertanya: “Siapakah Ikhwanmu ya Rasulullah?”
“Mereka yang tidak pernah melihatku, tetapi berpegang teguh pada ajaranku”
Pernahkah kita mengambil tahu tentang Rasulullah?
Kenalkah kita pada dia yang memperjuangkan Islam dan Iman untuk kita dahulu?
Pernahkah kita mengamalkan sunnah baginda?
Sayangkah kita pada baginda?
Rindukah kita?
Atau rindu dan sayangmu itu hanya untuk manusia yang fana?
Tidak pasti mana penghujungnya, syurga atau neraka?
Sedangkan Rasulullah s.a.w. sangat mengasihi kita..
Menangislah sahabatku jika kita tidak pernah sekalipun, merindui Rasullullah s.a.w…
Katakanlah (Muhammad): “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” Ali-Imran:31
Bukan mudah mahu menjadi hamba yang sentiasa taat. Tidak terlalai dan terjebak dengan maksiat. Iman yang adakala naik dan adakala turun ini seringkali menjadikan manusia rebah dan tergelincir meskipun berulangkali memasang azam tekad untuk menjadi kuat.
Lumrah kelemahan itu tidak sewajarnya menjadikan kita merasa jemu apatah lagi berputus asa.
Lumrah itu sepatutnya menjadikan kita mahu menjadi terus kuat, kuat dan kuat...
*perkongsian untukmu untukku*
imtisalnuralya